HUBUNGAN akrab dengan peminat yang sudah dianggap seperti saudara membuatkan penyanyi Ning Baizura memilih untuk meraikan Syawal bersama mereka.
Memandangkan dia tidak mempunyai keluarga besar, Ning atau Ning Baizura Sheikh Hamzah, 50, berkata dia menggantikan kemeriahan itu dengan ahli kelab peminatnya.
Malah, Ning berkata dia akan meneruskan agenda kerja selepas seminggu cuti hari raya.
“Saya raya di Kuala Lumpur saja dengan mak dan buat masa ini tiada perancangan lagi mungkin selepas seminggu beraya baru fikir nak pergi mana.
“Saya rasa tahun ini macam meriah sikit daripada tahun lepas, tapi tak melampau sangat, tahun ni saya jadi duta untuk produk bantal jadi rumah saya memang banyak bantal je jadi warna-warni sikit rumah.
“Saya sangat rapat dengan team saya, insyaAllah akan beraya dengan mereka mungkin menziarah rumah ke rumah, keluarga saya kecil jadi keluarga saya adalah team saya (kelab peminat)… mungkin bawa bercuti nanti,” kata Ning kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI