PELAWAK Mamak Puteh memberitahu selepas pemergian ibunda tercinta sambutan Aidilfitri tidak lagi meriah seperti dahulu.
Mamak atau Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad, 41, bagaimanapun tetap bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang kini menjadi tempat dia menumpang kasih.
“Raya tahun ni memang ada kekurangan sikit sebab keluarga tak lengkap sebab mak dan ayah saya sudah tiada lagi tapi kemeriahan raya masih ada.
“Kehidupan mesti diteruskan jadi saya bersyukur sebab masih ada ibu mertua sebagai pengganti sebab masih ada kakak dan abang.
“Kenangan hari raya tak akan lupa sebab mak saya akan siap baju dan juadah walaupun kami sudah besar, itulah kenangan yang tak ada dah,” kata Mamak kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI