PELAKON Datin Seri Umie Aida tidak menyangka watak Chempaka dalam drama Keluarga Itu membuatkan ramai wanita yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual semakin berani bersuara.
Kata Umie atau Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, watak itu meninggalkan kesan mendalam sehingga ramai wanita yang teraniaya menghubunginya untuk meminta nasihat dan pandangan.
“Drama ini memberikan satu kekuatan untuk mangsa yang berdiam diri dan tak berani untuk bercakap stigma masyarakat terlalu kuat tentang aib, malu bila sebut isu ini.
“Tapi bila ada pendedahan ini membuatkan mangsa berani siap ada yang mesej cerita masalah mereka, ramai juga yang mengadu pada saya.
“Saya bertukar menjadi kawan baik kepada mereka, selalu berborak dan bergurau untuk jadikan lebih tenang sikit sebut isu ini.
Umie Aida berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa Majlis Berbuka Puasa Drama Keluarga Itu pada Rabu.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI