suria

Tayang badan makin sado, Khai Bahar tak boleh halang imaginasi pelik netizen

DIDAKWA cuba untuk menampilkan sisi berbeza menerusi perkongsian di platform X, penyanyi Khai Bahar menganggap hantaran yang dilakukannya itu tidak keterlaluan dan tidak menunjukkan sebarang perbezaan berkenaan hidupnya. 

Jelas Khai atau nama sebenarnya Khairul Baharuddin, 31, hantaran foto memperlihatkan tubuhnya yang semakin sasa itu hanya sekadar perkongsian dan kepentingan menjalani kehidupan sihat semata-mata.

“Bagi saya hantaran itu biasa sahaja, tiada apa pun yang mengundang dan ke arah yang negatif. Saya tahu kalau buat hantaran itu akan ada komen mengundang, tetapi ia sekejap sahaja. 

“Saya tidak tampilkan sisi berbeza saya. Saya hanya kongsikan gambar pergi gim. Jadi, ia juga dapatlah beri pelajaran kepada orang lain yang jurulatih peribadi itu penting untuk buat badan. Ia juga adalah untuk beri pendidikan kepada orang ramai,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi