suria

Gelas pecah sampai luka tangan Eira Syazira, rupanya petanda sebelum kontroversi Azad Jazmin

PELAKON Eira Syazira memaklumkan suaminya iaitu Azad Jasmin masih belum bersedia untuk berhadapan dengan orang ramai selepas terpalit dengan kontroversi didakwa mempersendakan agama lain.

Eira atau Syazira Sarimah Sakinah Almera Shuhaimi, 41, bagaimanapun menganggap ada hikmah disebalik apa yang berlaku kerana Azad kini mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga.

“Sekarang ini Pak Azad okay sahaja. Namun, dia belum lagi mahu ke hadapan. Dia belum bersedia nak keluar termasuklah dalam siaran langsung. Azad masih lagi mahu berehat.

“Sebenarnya benda ini ada hikmah yang berlaku. Ada sesuatu yang Allah nak bagi. Dia dapat luangkan masa bersahur bersama keluarga malah ada masa lebih untuk anak-anak,” katanya kepada mStar.

Tambah Eira, semasa hari kejadian, dia sebenarnya sudah mendapat petunjuk seolah-olah suaminya itu akan dilanda masalah.

“Semasa hari kejadian iaitu semasa subuh, saya basuh pinggan sebelum dia pergi kerja. Tiba-tiba gelas pecah dan darah terlalu banyak keluar. Sampai sekarang parut tersebut masih ada.

“Sangat sakit dan saya berasa pelik namun tidak fikir apa-apa. Dalam sekitar pukul 12.30 tengah hari, Azad telefon dan maklumkan benda yang berlaku,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi