GITARIS Projector Band iaitu Angah kecewa apabila niat baiknya menghasilkan lagu Raya Tak Berteman diinspirasikan daripada kejadian maut sebuah kemalangan jalan raya di Senawang kurang disenangi segelintir netizen.
Mengulas perkara itu, Angah atau Razif Zainuddin, 32, berkata niatnya bukanlah mahu menumpang sensasi tetapi sekadar mengenang nasib keluarga mangsa yang bakal menyambut Aidilfitri.
“Saya dapat ilham nak hasilkan lagu ni waktu balik daripada show di Kuantan dan kemudian dapat tahu ada kejadian kemalangan berlaku di Senawang, ketika itu tak tahu lagi siapa yang meninggal sebab hanya tular TikTok saja beritanya.
“Saya faham dan tahu perasaan keluarga mereka sebab pernah merasa kehilangan arwah bapa kan, kasihan bila saya lihat video mak dia (ibu mangsa) cari anak, jadi dekat situ memang saya tersentuh,”kata Angah kepada mStar.
Dalam pada itu, Angah meminta individu yang tidak berpuas hati dengan lagu berkenaan segera menghubunginya.
“Mereka ni keyboard warrior sebab tak tahu maksud disebalik lagu tu, kalau yang cakap-cakap mari datang jumpa saya dan duduk depan-depan bincang mengenai perkara ini,” ujarnya.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.