BARU sahaja melalui fasa kesedihan iaitu putus cinta pada tahun ini, penyanyi Aisha Retno mengakui sudah serik untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.
Kata Aisha atau Sharifah Aisha Retno binti Sayed Sipulijam, 25, dia ketika ini enggan untuk memikirkan soal berkenaan dan hanya mahu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya seni.
“Saya pun sudah dewasa. Kita tak boleh nak menahan orang lain untuk terus bersama kita. Dari sisi lain, saya kini sudah temui inspirasi (disebabkan putus cinta) untuk menulis lagu.
“Kami sudah berkenalan dalam beberapa bulan. Buat masa sekarang, saya memang serik bercinta. Biarlah saya fokus dengan kerjaya. Siapa yang nak datang, saya terima sahaja,” katanya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI