PELAWAK Ali Puteh masih menerima kecaman dan gangguan netizen di media sosial yang mengungkit konflik lama membabitkan dirinya.
Kesal dengan tindakan tersebut, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 36, berkata individu berkenaan didakwa sengaja mengganggu dirinya yang sedang sibuk melakukan siaran langsung mempromosikan bisnes sambal di aplikasi TikTok
“Saya anggap ada yang masuk dalam live saya tu maki hamun sikit-sikit tu, saya anggap batu loncatan atau peminat tapi malu nak komen elok.
“Sebab ini bulan puasa kan jadi sanggap ini sebagai ujian kecil buat saya, hanya perlu tepis dan jalan balik… majoriti tak macam dulu mungkin dalam sejam tu ada seorang atau dua saja yang kecam.
“Perkara tu tak seronok la sebab saya tengah meniaga kan cuba bayangkan yang tengah meniaga tu ayah atau mak kita jadi sebagai anak boleh tahan tak tapi itulah lumrah dalam dunia ni ada yang suka dan tidak,” kata Ali Puteh kepada mStar.
Dalam pada itu, sempena meraikan bulan Ramadan ini Ali menginfakkan sebanyak 10,000 tan buah tembikai untuk diagihkan secara percuma kepada penduduk Gombak, Kuala Lumpur.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI