KEMBALI aktif bersama kumpulan Sepah, pelawak Shuib memberitahu dia dan Mamat kini dalam perancangan untuk menghidupkan kembali kumpulan itu.
Menurut Shuib atau Shamira Muhammad,41, mereka merancang untuk mewujudkan syarikat produksi sendiri iaitu Sepah Entertainment yang bakal menerbitkan karya seperti filem atau drama.
“Kali ini kami memang buat betul-betul dan banyak perancangan Sepah untuk tahun ini antaranya nak wujudkan syarikat sendiri iaitu Sepah Entertainment, akan ada drama atau supertele dan filem untuk dihasilkan.
“Kami dulu mula masuk dalam industri tak pandai jadi bila dah berbelas tahun dalam industri dan makin matang, jadi kami buat ini untuk jamin masa depan juga.
“Nampak lebih profesional sikit dan bukan main-main Sepah ni, mana tahu kalau ada rezeki boleh hasilkan karya drama orang lain pula,” kata Shuib kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Sepah juga bakal menghasilkan sebuah telefilem yang dijangka ditayangkan Aidilfitri nanti.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI