HASRAT peminat untuk melihat pelawak Zizan Razak dan pelakon Emma Maembong kembali menjalinkan hubungan cinta selepas kedua-dua mereka kelihatan mesra semasa mempromosikan pakaian raya nampaknya tidak kesampaian.
Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 41, menjelaskan bahawa hubungan mereka hanyalah sebagai rakan sekerja dan masih belum terfikir untuk ke arah lain.
“Pada saya, keserasian dengan Emma memang nampak jelas. Kami memang ‘ngam’ dari sudut profesional dalam bekerja. Kami memang saling memahami.
“Memang rasa menggamit kenangan apa yang kami lalui dulu, tetapi kalau nak pergi ke arah lain itu tidak terfikir. Nak cakap mustahil itu tidak boleh, sebab saya bukanlah orang yang boleh menentukan masa depan,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI