suria

[V] Diana Danielle tak mahu ‘simpan’ anak, Farid Kamil boleh jumpa bila-bila masa

MEMILIH berpisah secara baik, pelakon dan pengarah Farid Kamil memberitahu dia dan bekas isteri iaitu Diana Danielle tiada sebarang isu berkaitan penjagaan anak-anak. 

Meskipun ikatan perkahwinan sudah berakhir, Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, berkata masih menjadi tanggungjawab mereka untuk membesarkan dua orang cahaya mata bersama. 

“Soal anak-anak tiada sebarang masalah. Seperti yang dipersetujui Diana akan menjaga anak-anak,” katanya kepada pemberita. 

Farid dan Diana enggan berbalah kerana anak-anak.

Farid ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin bagi prosiding tuntutan cerai. 

Sebelum itu, Farid melafazkan cerai talak satu terhadap Diana di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin. 

Sementara itu, Diana pula memberitahu dia tidak mahu menjadikan penceraian itu sebagai satu beban kepada anak-anak. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut rumah tangga berakhir, Farid Kamil dan Diana Danielle bercerai kali kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Dah banyak kali turun naik mahkamah, Diana Danielle harap Farid Kamil lepaskan

“Keadaan dah sukar, jadi kami cuba jadikan keadaan ini mudah untuk mereka. Walau apa yang berlaku anak-anak perlu ada ibu bapa mereka. 

“Saya pun tak rancang untuk simpan anak buat diri sendiri sehingga menyusahkan bekas suami. Farid tiada halangan untuk berjumpa dan berhubung dengan anak pada bila-bila masa,” ujarnya. 

Ditanya hubungan mereka selepas berpisah, Diana dan Farid berkata konflik yang berlaku sudah selesai dan mereka akan sama-sama memperbaiki diri.

Farid tiada halangan untuk berjumpa dan berhubung dengan anak pada bila-bila masa.

DIANA DANIELLE

PELAKON

“Sekarang ini dah selesai dan kami cuba perbaiki hubungan,” jelasnya. 

Malah Farid yang turut bersama dalam temu bual bersama media menyampuk memberitahu hubungan mereka kini sebagai ‘rakan artis’. 

Ini merupakan kali kedua Farid melafazkan talak satu terhadap Diana. 

Diana bersama dua orang anaknya.

Untuk rekod, pada 10 Ogos 2023, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Bagaimanapun Diana memfailkan permohonan cerai buat kali kedua terhadap Farid pada 4 November tahun lalu.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain