suria

Dah banyak kali turun naik mahkamah, Diana Danielle harap Farid Kamil lepaskan

Diana dan Farid hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan JKP.

TIADA apa lagi yang diharapkan oleh pelakon Diana Danielle selain mahu isu rumah tangganya dengan pengarah Farid Kamil segera berakhir.

Tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.26 pagi Isnin, Diana atau Danial Danielle Danny Beeson, 34, mahu segera dilepaskan sebagai isteri. 

“Dah banyak kali turun naik mahkamah. Tapi tetap nak dilepaskan. 

Diana terlihat tenang ketika tiba di mahkamah.

“Saya harap ini selesai. Harap dia (Farid) memahami,” katanya kepada pemberita. 

Diana hadir bersama peguam syarie iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader selain diiringi dua pengawal peribadi. 

Prosiding yang berlangsung hari ini bagi mendengar keputusan selepas lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP). 

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas setahun rujuk, Diana Danielle mahu failkan cerai terhadap Farid Kamil

ARTIKEL BERKAITAN: Tak jemu doa kembali disatukan, Farid dan Diana rujuk selepas sebulan cerai

Sementara itu, Farid pula dilihat tiba sekitar pukul 9.40 pagi, namun memilih untuk tidak mahu memberikan sebarang komen sebelum perbicaraan. 

Dia hanya tersenyum apabila disapa media di perkarangan mahkamah. 

Farid hadir bersama peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan. 

Farid ceria ketika melihat para pemberita.

Untuk rekod, pada 10 Ogos 2023, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Bagaimanapun Diana memfailkan permohonan cerai buat kali kedua terhadap Farid pada 4 November tahun lalu.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain