suria

[V] Kemelut rumah tangga berakhir, Farid Kamil dan Diana Danielle bercerai kali kedua

KEMELUT rumah tangga pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle sekali lagi berakhir dengan penceraian. 

Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, melafazkan cerai talak satu terhadap Diana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin. 

Pasangan ini kelihatan tenang dan keluar bersama selepas lafaz dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin. 

Farid dan Diana terlihat lega keluar dari bilik mahkamah.

“Dalam bulan Ramadan penuh barakah ini semuanya selesai. Terima kasih kepada Diana kerana memahami situasi,” katanya kepada pemberita. 

Sementara itu, Diana atau Diana Danielle Danny Beeson pula memberitahu mereka kini mahu memberikan lebih fokus kepada urusan membesarkan dua cahaya mata. 

Malah dia juga tidak melihat perpisahan ini sebagai alasan untuk bermusuhan dengan Farid. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dah banyak kali turun naik mahkamah, Diana Danielle harap Farid Kamil lepaskan

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas setahun rujuk, Diana Danielle mahu failkan cerai terhadap Farid Kamil

“Masing-masing boleh terus fokus kepada anak-anak selepas ini selain membina persahabatan yang baik. 

“Yang penting untuk kebaikan anak-anak” ujarnya. 

Malah, selepas bertemu media mereka juga sempat berbual dan saling bersalaman antara satu sama lain. 

Malah Farid turut mengucapkan selamat tinggal kepada Diana sebelum meninggalkan mahkamah. 

Farid dan Diana akhirnya capai kata sepakat.

Ini merupakan kali kedua Farid melafazkan cerai terhadap Diana. 

Untuk rekod, pada 10 Ogos 2023, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Bagaimanapun Diana memfailkan permohonan cerai buat kali kedua terhadap Farid pada 4 November tahun lalu.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain