TAMPIL mempertahankan diri, madu Datuk Nora Ariffin menyangkal dakwaan dia dan anak perempuannya memaksa suaminya iaitu Dr Rushdi Ramli menceraikan penyanyi berkenaan.
Rose Aliza Sutrisno sebaliknya menjelaskan keputusan itu dibuat berdasarkan pertimbangan suaminya dan bukan sebab didesak mereka seperti dakwaan Nora.
“Di sini, saya ingin semua tahu dan faham bahawa saya atau anak saya, Alia tidak pernah memaksa suami saya menceraikan madu saya.
“Keputusan yang dibuat ketika itu adalah atas pertimbangan dan kehendak suami sendiri setelah melalui apa yang berlaku.
Rose tampil bersuara kerana sudah terlalu banyak fitnah berlegar-legar tentang dirinya.
“Tidak adapun panggilan telefon daripada saya atau sesiapa selepas subuh yang memaksa suami saya untuk menceraikannya seperti yang didakwa dalam media sosial,” katanya.
Rose berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada malam Rabu.
Dalam pada itu, Rose mendedahkan terdapat seorang individu yang rapat dengan suaminya merayu agar Rushdi menceraikan Nora.
Malah kata Rose, kejadian itu berlaku pada 2019 dan rakaman video lafaz cerai dibuat Rushdi juga atas permintaan individu tersebut yang sudah meninggal dunia.
ARTIKEL BERKAITAN: Nora beri bayangan fail cerai terhadap suami, mahu tunai hajat madu kembali monogami
ARTIKEL BERKAITAN: Nora akhirnya dedah kemelut dengan keluarga madu, tuntut 4 perkara daripada anak tiri
“Pada ketika itu terdapat seorang individu yang rapat dengan suami saya (individu itu kini sudah meninggal dunia), merayu agar suami menceraikan isteri kedua atas sebab-sebab tertentu.
“Suami akhirnya akur dengan permintaan individu itu dan melafazkan talak di hadapan madu dan anak-anaknya, termasuk arwah Alif.
"Kejadian berlaku pada tahun 2019. Malangnya, video yang sepatutnya disimpan dimuat naik kembali pada 12 Ogos 2024,” ujarnya.
Menjelaskan mengenai tulisan-tulisannya yang dimuat naik madunya, ia adalah coretan lama pada 2019 selepas mendapat tahu suaminya sudah setahun berkahwin dengan Nora tanpa pengetahuannya.
Keputusan dibuat ketika itu adalah atas pertimbangan dan kehendak suami sendiri.
ROSE ALIZA SUTRISNO
Jelas Rose, ketika itu dia berdepan situasi amat tidak diduga dan sebagai isteri dia terkejut dan kecewa pada ketika itu.
Bagaimanapun kata Rose dia sudah pun memohon maaf kepada Nora pada 1 Ogos 2021 dan menganggap semua salah faham di antara mereka sudah selesai.
“Segala yang berlaku antara kami ketika itu saya anggap sudah selesai secara baik.
“Dalam permohonan maaf itu, saya tulis dengan jelas tentang harapan saya agar segala sakit hati dan dendam terhadap saya dengan asbab tulisan itu akan terpadam sepenuhnya.
Nora memfailkan cerai terhadap Rushdi di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada Rabu.
“Dan tidak diungkit-ungkit lagi kerana saya sudahpun menerima keadaan saya yang bermadu dan tidak lagi berdoa atau berharap mereka akan berpisah,” ujarnya.
Rose juga memberitahu anak perempuannya juga sudah membuat permohonan maaf secara peribadi terhadap Nora berhubung beberapa kenyataan di media sosial dibuat terhadapnya.
Bagaimanapun, dakwa Rose, Nora kembali memuat naik tulisan tersebut sehingga mencetuskan spekulasi buruk terhadap anaknya itu.
“Alia menyedari kesilapannya dan memohon maaf secara peribadi kepada madu saya pada September 2020.
Kemelut rumah tangga Nora dan madunya menjadi bualan hangat netizen.
"Namun, tulisan yang sudah lama dipadam itu dikitar semula oleh madu saya pada tahun 2025 dan dibiarkan menjadi bahan spekulasi, mencetuskan persepsi buruk seolah-olah anak saya seorang yang tidak beradab,” jelasnya.
Pada petang Rabu, Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 53, membuat kejutan apabila berkongsi foto papan tanda Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat beserta bagi membuat permohonan cerai terhadap suaminya.
Nora dalam kenyataan di Instagram memberitahu permohonan itu dibuat bukan atas kerelaannya tetapi menunaikan hajat isteri pertama serta desakan daripada anak mereka.
Pada 12 Ogos tahun lalu, tersebar video berdurasi 52 saat yang memperlihatkan Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu selepas dua tahun berkahwin.
Nora dan Rushdi didakwa sudah berkahwin sejak 2018.
Malah selepas video berkenaan dikecam ramai, Nora sempat membela bekas suaminya dan memaklumkan itu bukanlah atas kehendak suami sebaliknya mengikut arahan seseorang.
Selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, penyanyi berkenaan memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.
Pada 23 Februari lalu, Nora membuat pendedahan di Instagram memberitahu sudah lebih 10 kali dia meminta untuk diceraikan atas permintaan isteri pertama dan anak tirinya.
Malah penyanyi lagu Desa Tercinta ini mendakwa usaha untuk berbaik dan berdamai dengan madu dan ahli keluarga tidak berhasil walaupun diuruskan oleh Rushdi sendiri.
Nora dan Rushdi pernah bercerai talak satu sebelum kembali rujuk.
Pada 12 Ogos tahun lalu, tersebar video berdurasi 52 saat memperlihatkan Rushdi menceraikan Nora dengan talak selepas dua tahun berkahwin.
Rushdi dalam satu kenyataan di Facebook bagaimanapun memberitahu dia berasa sedih apabila ada netizen menggelarkan Nora sebagai perosak rumah tangga dan penyondol.
Kata Rushdi, selepas kematian suami Nora iaitu Johan Nawawi pada 2017 dia berniat mahu mengahwini Nora dan membimbing, mengajar ilmu serta menjaga anak-anak mereka.
Nora mengumumkan perkahwinannya dengan Rushdi pada 3 Disember 2021 namun tidak memperincikan butiran mengenainya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!