SUSULAN Bidaah dan Keluarga Itu menerima kecaman netizen, pengarah dan penerbit Erma Fatima menegaskan dua drama berkenaan diterbitkan bertujuan memaparkan realiti sebenar kehidupan masyarakat.
Kata Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 56, ia secara tidak langsung memberi kesedaran kepada penonton mengenai kewujudan individu menggunakan agama menutup kesalahan dibuat.
"Tidak timbul isu drama saya lucah atau saya gedik sangat nak buat bersangkut paut dengan benda (seks) itu. Lemahnya perempuan di mana? Lemahnya lelaki pada perempuan.
"Berapa ramai kita dengar tok bomoh perkosa pesakit? Berapa ramai guru tahfiz meliwat anak muridnya?
Erma tidak berniat untuk mempermainkan agama dan para ulamak.
"Itu pun saya tidak bercerita berkaitan guru tahfiz atau ulama yang mulia dan suci jadi jahat tetapi hanya memaparkan kisah penunggang agama yang dah sesat," katanya kepada mStar.
Erma berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama Datuk Seri Rossa yang diadakan di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada malam Selasa.
Dalam pada itu, Erma menegaskan dia tidak pernah berniat menjatuhkan agama Islam mahupun ahli agamawan sebaliknya menghormati setiap ilmu dan akhlak mereka.
"Saya tiada niat menjatuhkan Islam kerana saya sendiri seorang umat Islam. Saya juga tidak ada niat menjatuhkan mana-mana ulama. Saya menghormati ilmu dan akhlak mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Keluarga Itu’ dikecam sampai agamawan pun tegur, Rosyam Nor minta ambil maksud tersirat
ARTIKEL BERKAITAN: Terima teguran Jakim, Erma Fatima sudah potong 2 babak dalam ‘Bidaah’ cetus kontroversi
"Apa saya paparkan ini adalah penunggang-penunggang agama yang sudah merosakkan akidah masyarakat kita," ujarnya.
Sementara itu, Erma berkata dia mahu mencipta kelainan dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat untuk berdepan dengan realiti sebenar kehidupan.
Kongsinya lagi, jiwa masyarakat sudah terlalu 'sakit' sehingga berlaku perkara-perkara jijik termasuk perlakuan sumbang mahram.
"Apabila saya menulis skrip, saya mempunyai matlamat. Contohnya drama Keluarga Itu, hampir setiap hari kita lihat dalam media sosial berkenaan kes rogol.
Tidak timbul isu drama saya lucah atau saya gedik sangat nak buat bersangkut paut dengan benda (seks) itu.
ERMA FATIMA
PENGARAH & PENERBIT
"Bapa rogol anak, abang rogol adik, atuk rogol cucu yang berlaku menunjukkan jiwa masyarakat kita makin sakit.
"Bila buka TV semuanya drama berkaitan curang dan penyondol, bila masyarakat nak dididik dengan masalah besar di luar sana?” jelasnya.
Tambahnya lagi, dia enggan menerbitkan drama klise memaparkan isu curang dan penyondol sebaliknya berpendapat inilah masanya untuk memberikan mesej bermanfaat kepada penonton.
"Anda harapkan mereka (netizen) untuk membaca? Dengan pembacaan tidak akan berkesan. Jadi saya mengambil pendekatan tidak mahu membuat cerita yang sama.
Lakonan Rosyam dalam drama Keluarga Itu turut menjadi perhatian ramai.
"Saya dah buat kisah penyondol sebelum ini, drama Perempuan Itu. Cukuplah! Takkan saya nak ulang benda sama.
"Saya mahu buat satu kelainan. Saya mahu lakukan sesuatu boleh beri manfaat kepada masyarakat," katanya.
Sebelum ini, kecoh di media sosial berkenaan dua drama terbitan Erma iaitu Bidaah dan Keluarga Itu menjadi bualan netizen.
Menerusi drama Bidaah, adegan pelakon Vanidah Imran sebagai Ummi Rabiatul menyentuh janggut Faizal Hussein menggunakan kakinya menjadi perdebatan ramai.
Babak lakonan Vanidah (kiri) dalam drama Bidaah turut menjadi pendebatan netizen.
Selain itu, babak lakonan aktres Fazlina Ahmad Daud meminum air basuhan dan mencium kaki Faizal turut menerima pelbagai reaksi netizen.
Susulan itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jakim) memanggil produksi drama Bidaah bagi meneliti kandungan drama tersebut merangkumi klip video episod mencetuskan kontroversi selain babak yang belum ditayangkan bagi menilai kesan serta implikasi kandungannya.
Mengakui khilaf sendiri, Erma terlebih dahulu memotong dua babak tersebut dan menegaskan dia tiada niat mempersendakan agama.
Tidak hanya itu, drama Keluarga Itu lakonan Rosyam Nor turut menerima kritikan apabila dikatakan berkelakuan tidak senonoh sebagai lelaki miang.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!