TIDAK mahu bercinta lama, pelakon Fify Azmi berharap tahun ini merupakan Ramadan terakhir sebagai seorang bujang.
Fify atau Nur Afiqah Mohamed Azmi berkata dia memasang impian untuk mendirikan rumah tangga dan menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya iaitu Niezam Zaidi.
"Ya insya-Allah tahun ini harapnya Ramadan terakhir saya puasa seorang, doakan terbaik saja ya sebab tak mahu berlaku tak elok.
"Kalau boleh tak mahu bercinta lama sangat, itu zaman dulu boleh la dan tak minat, lebih baik ke arah kebaikan saja.
"Kami memang ada perancangan insya-Allah untuk ke arah kebaikan tapi yang menentukan Tuhan saja,” katanya.
Pelakon filem Wira ini bagaimanapun tetap berpegang kepada pendirian enggan menghebohkan mengenai kisah percintaan mereka di media sosial.
"Sebab tak confrim lagi jadi baik kita tak payah heboh-heboh. Bila masa sampai masanya, baru saya umumkan.
Dalam perkembangan lain, Fify bakal beraksi dalam sebuah filem lasak berjudul Felino diterbitkan oleh Art Ornament Sdn Bhd dan dijangkan mula penggambaran selepas Aidilfitri nanti.
Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Shaheizy Sam, Andy Teh dan ramai lagi.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI