IBARAT diberi peluang kedua untuk meneruskan hidup, bekas penyampai radio Kieran bersyukur dan tidak menyangka masih diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk menyambut Ramadan bersama keluarga pada tahun ini.
Bersedia menerima sebarang kemungkinan, Kieran atau nama sebenarnya Maskiran Jakiran, 49, mengakui penanh berputus asa untuk meneruskan kehidupan mengenangkan penderitaan perlu ditanggung setiap hari.
“Keadaan saya teruk sangat sebab bukan tak nak hidup tapi bila hari-hari kena hadap batuk teruk dan sakit setiap malam jadi macam reda kalau Tuhan kata tahap ini tapi sebelum jadi apa-apa saya selesaikan beberapa perkara dulu sebelum pergi.
“Tapi Alhamdulilah Tuhan beri kehidupan kembali macam extended live sebab dapat rasa kekuatan berjalan dan tengok anak-anak, isteri dan mak.
“Puasa pertama hari tu macam tak percaya Tuhan berikan peluang lagi nikmat berpuasa, sebab saya fikir mungkin tahun ini tak jumpa dah Ramadan dan mungkin juga tahun lepas raya terakhir saya,” kata Kieran kepada mStar.
Untuk segmen mStar Baek musim ketiga ini, mStar bekerjasama dengan KPJ Healthcare menziarahi kediaman penyampai radio itu bagi mengetahui perkembangan terkini tahap kesihatan dan menghulurkan sumbangan.
KPJ Healthcare diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Klang, Dr Goventhamah Subramaniam kagum melihat keadaan bekas penyampai radio itu yang kelihatan ceria dan mampu menyembunyikan kesakitan.
Program mStar Baek ini bersiaran di semua platform mStar setiap hari Khamis.
TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI