PERSONALITI media sosial Aizat Saha mengakui lebih selesa menghasilkan kandungan berkaitan dirinya sahaja tanpa menyentuh ataupun melibatkan individu lain.
Kata Aizat atau nama penuhnya Mohd Aizat Saharuddin, dia tidak pernah terlintas untuk menggunakan nama mana-mana selebriti ataupun individu lain sebagai content apatah lagi dijadikan bahan jenaka.
”Saya mengambil pendekatan untuk tidak melibatkan mana-mana artis mahupun menggunakan nama mereka dalam setiap konten yang dihasilkan. Kita tidak tahu, sama ada orang yang kita jadikan bahan konten itu berasa selesa atau tidak.
”Sebolehnya, jangan libatkan pihak lain. Apatah lagi guna nama seseorang untuk jadi bahan jenaka,” katanya kepada mStar.
Aizat memaklumkan perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama Aizat Saha dan HeetamPuteh selain majlis pelancaran drama pendek bersempena Aidilfitri berjudul Tok Babah.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI