GARA-GARA melakonkan watak Ustazah Fatimah yang memiliki karakter manja dalam drama Keluarga Itu, pelakon Adrea Abdullah menerima gangguan seksual di media sosial.
Tidak mahu cepat melatah, Adrea atau Nik Adrea Nik Abdullah, 48, berkata, dia tidak mahu memanjangkan isu berkenaan sebaliknya meminta supaya mereka tahu menilai watak itu hanyalah sekadar rekaan dan bukannya seperti yang digambarkan.
“Saya terkejut sebab watak ustazah tertutup dan tiada dialog lucah cumanya suaranya agak sedikit manja saja... jadi tiba-tiba ada orang mesej minta lakukan perkara bukan-bukan, ajak lakukan seks dan ayat mereka sangat jijik.
“Yang mesej tu budak. Silap-silap mungkin saya ni sama umur dengan mak dia. Walaupun saya sudah berusia 48 tahun dan anak saya dah 20 tahun tapi dalam drama tu watak ustazah masih berusia 32 tahun.
“Saya malas nak amik kisah perkara itu, kalau saya layan nanti lagi menjadi-jadi sebab sebenarnya mereka nak lihat reaksi saya saja tapi apa yang saya kongsikan itu untuk semua orang berhati-hati,” kata Adrea kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI