suria

Putra Amaris singgah rumah orang tua jika rindu arwah ibu... Fokus kerja amal sepanjang Ramadan

MENGHORMATI kemuliaan Ramadan, pelakon Putra Amaris mengambil keputusan menolak semua tawaran berlakon sepanjang bulan ini.

Berkongsi perkara itu, Putra atau Md Amran Ismail, 40, berkata dia bersyukur kerana walaupun tidak mempunyai sumber pendapatan sepanjang bulan ini namun terkejut apabila tuhan gantikan itu dengan berikan rezeki lain buatnya.

“Saya memang tak ambil mana-mana tawaran berlakon drama atau program yang ambil masa lama, saya aktif balik lepas raya sebab sekarang ini nak fokus buat kerja amal.

“Kena sentiasa bersyukur walaupun rezeki tu sikit sebab nanti Allah akan ganti yang lain, tak sangka juga sebab ada saja rezeki yang datang dan Allah hadirkan orang baik baik untuk saya,” kata Amaris kepada mStar.

Putra memberitahu semenjak pemergian arwah ibu pada awal Ramadan tahun lalu membuatkan  sambutan kali ini agak lain buat dirinya kerana masih lagi merasai kehilangan itu.

Dalam pada itu Zayed Charitable & Humanitarian Foundation (Zayed Foundation) bersama pasukan Kongsi Rezeki dan Abbe Hae Pertubuhan Jejak Jalanan bekerjsama menganjurkan program agihan makanan di kawasan Chow Kit.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi