suria

Adam Lee dan Sweet Qismina dah banyak belanja ‘renovate’ rumah, kena jimat raya

MEMERLUKAN perbelanjaan besar untuk persiapan rumah baharu yang dijangka siap pada hujung tahun ini, pasangan selebriti Adam Lee dan Sweet Qismina hanya meraikan Hari Raya Aidilfitri secara sederhana sahaja.

Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 28, bagaimanapun berkata, dia akan tetap melalukan rutin tahunannya iaitu menyediakan sejumlah wang untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

“Raya ini ialah masa untuk kami beri kepada orang yang memerlukan dan juga anak kecil. Jadi kami memang setiap tahun ada menyediakan duit untuk sedekah.

“Jadi pada tahun ini jumlah itu berkurang sedikit memandangkan rumah sedang diubah suai. Tahun ini juga sambutan raya kami sangat sederhana memandangkan tidak sempat beraya di rumah baru,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi