suria

Fattah Amin dah sediakan duit raya untuk Fatima, rancang bawa anak bercuti luar negara

KISAH hubungan di antara pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman mendapat perhatian peminat termasuklah Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

Malah Siti juga sebelum ini pernah menyatakan keinginannya untuk membuat persembahan nyanyian dan juga merenjis pengantin sekiranya kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga kelak. 

Mengakui gembira dengan perkara tersebut, Fattah, 35 bagaimanapun sekali lagi menjelaskan hubungannya bersama Amira hanyalah rakan sekerja. 

“Pada awalnya saya ‘blur’ dengan komen yang ditinggalkan oleh Tok Ti (Siti Nurhaliza). Namun Amira yang jelaskan kepada saya. 

“Bagi saya, pada bulan ramadan ini, kita kena selalu cakap, doa yang baik-baik sahaja. Saya gembira apabila kami dapat mengukir senyuman kepada orang lain,” katanya kepada mStar. 

Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa Majlis Berbuka Puasa Drama Keluarga Itu pada Rabu. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi