KLIP video sedang mengalunkan ayat suci al-Quran mendapat pujian ramai, penyanyi Mimifly menjelaskan dia sebenarnya pernah menyertai pertandingan tilawah semasa kecil.
Mengakui sudah lama tidak mengaji, Mimi atau Shamimi Amalina Norisham, 39, meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk menjadi tetamu dalam program Geng Ngaji tersebut.
“Saya sangat bersyukur apabila mereka panggil saya. Bila saya sudah mula keluarkan muzik, saya sebenarnya sudah lama tidak mengaji.
“Dengan adanya program itu, saya seronok untuk mengaji sebab ada ustaz dan ustazah yang betulkan. Sebenarnya masa sekolah rendah, saya dan abang akan pergi ke rumah seorang ustaz dari Indonesia. Kami berdua pernah menyertai tilawah Al-Quran,” katanya kepada mStar.
Mimi memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa Majlis Fashion Show Koleksi Raya Abu di Lalaport, Bukit Bintang pada Khamis.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI