suria

Suami mahu privasi, Nabila Razali harap tetamu datang raya tak ‘post’ gambar anak

SUAMI kepada penyanyi Nabila Razali iaitu Nik Iruwan menjelaskan mereka masih belum bersedia untuk berkongsikan gambar serta nama penuh anak sulung mereka itu. 

Kata Nik, perkara tersebut dilakukan adalah bertujuan untuk keselamatan dan juga privasi anak mereka yang dikenali sebagai ‘Baby M’. 

“Saya sebagai seorang suami dan ayah, menitikberatkan mengenai keselamatan dan juga privasi anak saya. Jadi bagi saya, perlukan masa untuk saya mendedahkan (muka dan nama) anak kami,” katanya kepada mStar

Dalam pada itu, Nabila juga menzahirkan rasa syukur apabila ‘Baby M’ sangat mudah untuk diuruskan. 

“Alhamdulillah Baby M sangat mudah untuk uruskan. Dia buat kerja sebagai bayi sahaja, tiada benda yang pelik-pelik. Hanya menangis kerana mahukan susu. 

“Kami tidak tahu kebaikan apa kami lakukan sehingga dapat anak sebaik ini,” ujarnya. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi