suria

Iqbal Mazlan dah mula nampak cahaya, yakin penglihatan mampu pulih selepas 3 tahun buta

SELEPAS diuji hilang penglihatan sejak tahun 2023, pelakon Iqbal Mazlan memberitahu pancainderanya itu kian beransur pulih sedikit demi sedikit.

Bersyukur atas perkembangan positif itu, Iqbal atau Muhammad Iqbal Mazlan, 36, berkata dia kini sudah mampu menguruskan diri sendiri tanpa memerlukan bantuan keluarga. 

“Alhamdulilah mata sekarang ini sudah beransur pulih secara perlahan dan mulai nampak cahaya, mungkin mata saya pulih disebabkan ubat-ubat yang saya ambil.

“Walaupun saya sudah nampak dalam 10 peratus tapi masih memerlukan tongkat sebab belum nampak sepenuhnya.

“Alhamdulilah sekarang ni tak perlu bantuan keluarga dah sebab saya mampu buat sendiri,” kata Iqbal kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Iqbal kini sedang sibuk menyiapkan sebuah filem aksi berjudul Felino yang mengangkat kucing jalanan bergandingan bersama hero utama. 

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi