PENYANYI Aina Abdul berjanji tidak akan mengeluarkan karya-karya yang dianggap sambil lewa dan tidak berkualiti di mata netizen.
Kata Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 32, dia memerlukan masa yang lebih panjang bagi memastikan lagu yang bakal dihasilkan dapat diterima ramai.
“Kalau boleh saya mahu lancarkan lagu baru saya sekarang juga, tetapi saya tidak yakin lagi sebab saya tidak mahu sajikan benda yang tidak ‘masak’ kepada peminat. Saya mahu beri lagu yang lengkap untuk dihidangkan.
“Saya tidak berehat, tetapi saya ambil masa yang ada sekarang ini untuk betul-betul atur apa yang saya mahu keluarkan. Saya bukan bercuti, tetapi sekarang sedang menulis lagu dalam diam,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI