ENGGAN bergantung hidup atas kekayaan ibunya, anak kepada usahawan sensasi Kak KM iaitu Nabila memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri.
Kata Nabila atau lebih mesra disapa Bella, dia mahu merasai sendiri susah senang alam pekerjaan tanpa melibatkan perniagaan di bawah keluarga.
Malah, dia berazam jika sudah mendapatkan pekerjaan sesuai, Bella memberikan semua gaji pertamanya kepada Kak KM selain membawa ibunya itu menunaikan haji apabila sudah berkemampuan.
“Sekarang ini saya mahu cari perkerjaan memandangkan sudah habis belajar. Umur pun sudah meningkat, sampai bila saya mahu duduk bawah ketika mama kan?
“Insya-Allah apabila saya sudah berjaya nanti, saya mahu bawa mama (Kak KM) pergi menunaikan haji. Untuk sekarang ini dia masih belum berpeluang, jadi saya mahu dia pergi hasil usaha saya,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI