suria

Dua tahun tanggung derita tulang kaki bengkok, Azman Adnan akur terpaksa jalani pembedahan

LIMA tahun menahan keperitan kerana kaki kanan mulai membengkok, bekas pemain bola sepak Selangor iaitu Azman Adnan akui semakin hari menyukarkan pergerakan melakukan aktiviti harian.

Kekuatan kakinya tidak lagi sekuat dulu, Azman, 54, mengakui rasa menyesal mula menghantui dirinya setelah doktor mengesahan kakinya mula membengkok selepas dia tidak lagi aktif bersukan seperti dulu.

“Kesilapan saya juga selepas bersara daripada bermain bola, saya tak jalani sebarang latihan dan hanya duduk saja dirumah, kemudian bila lama tak aktif membuatkan kaki saya jadi kecil dan mulai bengkok.

“Kecewa juga kalau dulu saya aktif mesti tidak jadi macam ni tapi sekarang ni saya reda dengan apa yang Allah tentukan nasib saya sebab percaya dengan rezeki ditentukan olehnya,” kata Azman kepada mStar.

Untuk segmen mStar Baek musim ketiga ini, mStar bekerjasama dengan KPJ Healthcare mengunjungi kediaman bekas pemain bola sepak Selangor ini di Hulu Langat, Selangor bagi mengetahui perkembangan terkini kesihatannya.

Kunjungan mStar bersama KPJ Healthcare kali ini diwakili oleh ketua pengarang berita mStar iaitu Niezam Abdullah yang terkesan melihat keadaan terkininya.

Selain sumbangan wang tunai Rm3,000, Azman juga diberikan kad rawatan bagi melayakkannya dan keluarga mendapatkan rawatan percuma di mana-mana Klinik Waqaf An Nur di seluruh Malaysia. 

Program mStar Baek ini bersiaran di semua platform mStar setiap hari Khamis.

TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi