suria

Ramai gagal ikut resipi, Khairul Aming sampai rasa nak menangis... Sejuk hati tengok video Kak Cik Yah

PERSONALITI media sosial dan usahawan Khairul Aming stres sehingga hampir menitiskan air mata apabila melihat pengikut berkongsi video masakan yang tidak menjadi selepas mengikut resepinya.

Khairul Aming atau Khairul Amin Kamarulzaman, 32, bagaimanapun tetap meluahkan rasa gembira apabila ramai pengguna media sosial cuba belajar untuk memasak meskipun percubaan gagal. 

“Saya tengok video mereka, bukan hanya stres, tetapi sampai nak menangis tengok realiti orang masak dekat rumah. Risau saya tengok sampaikan ada lesung batu yang pecah dan sebagainya. 

“Tetapi itu sebenarnya adalah proses pembelajaran bagi mereka. Ia sangat kelakar bagi saya, tapi saya gembira sebab mereka tunjukkan usaha untuk belajar,” katanya kepada mStar. 

Dalam perkembangan lain, bercerita mengenai kewujudan personaliti media sosial masakan iaitu Kakcik Yah, Khairul Aming mengalu-alukan kedatangan wanita berusia 75 tahun itu. 

“Saya pun sebenarnya peminat dia. Sejuk hati saya bila tengok video masakan dia, rasa macam tengok ibu sendiri masak. 

“Kedatangan Kakcik Yah meriahkan lagi konten memasak di media sosial. Saya lagi suka sebenarnya dan tidak menganggap ia sebagai abaran pun,” ujarnya. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi