suria

Ini emas ori, bukan palsu... Prince Syed ada banyak bisnes, tak berkira belanja isteri barang kemas hampir RM1 juta

PERKONGSIAN video personaliti media sosial dikenali sebagai Prince Syed Shahid belanja isterinya membeli barang kemas bernilai RM980,000 mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Ada yang berasa curiga dan menganggap ia sebagai gimik atau marketing, malah terdapat juga yang mempersoalkan sumber pendapatan usahawan berkenaan. 

Menjawab mengenai perkara itu, Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah Hasif menjelaskan dia mempunyai pelbagai perniagaan berkaitan makanan dan juga perniagaan.

“Itu semua duit hasil daripada kami (saya dan isteri) mencari rezeki sendiri. Kami ini dikenali sebagai laksa bergerak. Kami juga ada banyak bisnes lain. 

“Ini bukanlah ‘marketing’. Kalau berkaitan emas ini, saya rasa tidak boleh buat seperti itu. Rasa tidak berkat. Itu semua duit kami. Kami beli emas itu,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi