suria

Virus Covid-19 boleh dibunuh dalam masa 4 jam... syaratnya permukaan besi disalut tembaga!

Barang besi atau logam yang disaluti tembaga boleh menghapuskan virus Covid-19 yang melekat di permukaan dalam tempoh empat jam.

PENYEBARAN virus Covid-19 melalui sentuhan tombol pintu, pemegang tangan dan juga troli dapat dihentikan dengan kaedah terbaharu yang ditemui saintis.

Terbaharu, penemuan hasil kajian yang dijalankan mendapati virus itu boleh dihapuskan dalam tempoh empat jam di permukaan besi dengan menggunakan salutan tembaga berbanding tiga hari sebelum ini.

Individu berdepan dengan risiko jangkitan dengan sentuhan permukaan besi dan selepas itu menyentuh muka, mulut dan hidung.

ARTIKEL BERKAITAN: Saintis dapati lelaki di Malaysia miliki jari manis panjang, kurang risiko kematian akibat Covid-19

Pakar Microbiologi University of Southampton, William Keevil berkata, United Kingdom telah menjalankan kajian penggunaan salutan tembaga itu di beberapa kawasan.

Dia mencadangkan supaya tomol pintu, troli, pemegang tangan atau kenderaan awam dan peratalatan gimnasium perlu disalut dengan tembaga.

Koronavirus boleh disebarkan apabila seseorang itu sudah mengalami batuk dan selsema dan menyentuh peralatan atau invididu lain.



Pemukaan mesin ATM juga disaran supaya disalut dengan tembaga bagi mengurangkan risiko sebaran Covid-19.

Virus ini juga boleh memasuki badan melalui mata, hidung dan mulut tetapi bukan melalui kulit.

Apabila virus ini berada di permukaan besi, ion logam yang mempunyai struktur atom bermuatan elektrik boleh menyerang virus membran lipid.

Salutan tembaga itu kemudian menyerang sel dan memusnahkan DNA virus, sekaligus membunuh sepenuhnya.

Tambah Keevil, beberapa bas di Poland sudah menggunakan kaedah menyalut permukaan dalam bas dan pemegang tangan dengan tembaga, manakala lapangan terbang di Chile dan Brazil menggunakannya di kios imigresen.

Keevil yang telah menjalani penyelidikan dalam bidang antimicrobial lebih dua dekad berkata, paparan permukaan di kedai makanan segera dan mesin wang tunai turut perlu disaluti dengan tembaga.

Hasil kajian juga menunjukkan koronavirus boleh dikenalpasti sehingga 24 jam selepas diuji. Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain