MUSIM perayaan pasti ramai daripada kita yang memasak pelbagai makanan dalam kuantiti banyak agar boleh dimakan berulang kali. Biasanya lebihan makanan kita akan simpan dan ia akan dipanaskan berulang kali apabila ingin menikmatinya. Jika masih elok buat apa hendak dibuang, bukan?ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat kawal nafsu, hilang selera makan selepas Ramadan? Cuba 5 tip ini perbetul tabiat pemakanan anda Tapi tahukah anda, tindakan memanaskan makanan berulang kali boleh mendatangkan beberapa kesan buruk. Sebelum memanaskan makanan ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian termasuklah; 1. Kesegaran makanan Terdapat beberapa jenis makanan yang tidak elok dimakan atau dipanaskan berulang kali terutamanya yang menggunakan santan. Makanan kering seperti serunding adalah lebih selamat untuk disimpan lebih lama. Makanan bersantan tidak elok dimakan berulang kali. 2. Aroma Untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan itu masih elok atau pun sebaliknya adalah menerusi aromanya. Jika ia berbau basi dan teksturnya lembik ia petanda makanan sudah rosak. 3. Zat hilang Makanan seperti sayur-sayuran yang dihangkatkan akan menghilangkan zatnya terutamanya vitamin B dan C. Sebaik-baiknya, ia dimakan selepas di masak dan jangan disimpan. Ia mungkin tidak membahayakan kesihatan jika memakan sajian yang telah disimpan selama beberapa hari tetapi itu tidak bererti anda selamat daripada masalah seperti ciri-birit atau keracunan makanan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!