PESAKIT Covid-19 tidak boleh menyebarkan virus kepada orang lain selepas 11 hari mengalaminya walaupun ujian menunjukkan seseorang itu masih positif. Menurut hasil kajian yang dilakukan di Singapura, individu dijangkiti boleh menyebarkan virus itu lebih kurang dua hari sebelum menunjukkan tanda-tanda mengalaminya. Malah pesakit-pesakit Covid-19 juga boleh terus menyebarkan virus dalam tempoh tujuh hingga 10 hari selepas mereka mula menunjukkan simptom-simptom jangkitan termasuk demam dengan suhu tinggi diikuti batuk berterusan ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki rendah hormon seks testosteron berdepan risiko kematian lebih tinggi akibat Covid-19 - Kajian "Covid-19 tidak boleh diasingkan atau dikultur selepas hari ke-11," jelas sekumpulan pengkaji itu. Pasukan saintis dari Singapore National for Infection Diseases dan Academy of Medicine telah mengkaji 73 pesakit yang dijangkiti koronavirus. Mereka memantau sama ada virus itu boleh menyebarkan kepada orang lain. Virus Covid-19 tidak akan tersebar selepas 11 hari pesakit dijangkiti. Pesakit-pesakit yang masih positif dan mempunyai simptom selepas dua minggu dipilih dan mendapati virus itu tidak boleh berjangkit kepada orang lain. "Berdasarkan data yang terkumpul sejak bermulanya pandemik Covid-19, tempoh berjangkit virus itu pada individu yang mengalami gejala mungkin bermula sekitar dua hari sebelum simptom dialami, dan berterusan selama kira-kira tujuh hingga sepuluh hari selepas permulaan gejala. "Replikasi virus aktif menurun dengan cepat selepas minggu pertama, dan virus yang tidak ditemui setelah minggu kedua penyakit." Kumpulan saintis ini berharap, dengan penemuan kajian ini dapat membantu pihak hospital untuk membenarkan pesakit pulang. - Dailymail.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!