suria

Jika tidak sembuh rawatan hospital akibat ‘slip disc’, sakit belakang, pening kepala… Awas! Ia mungkin gangguan jin

Jika pelbagai rawatan sudah dilakukan berhubung sakit belakang tetapi masih belum sembuh, ada kemungkinan ia adalah gangguan jin. - Gambar Sekadar Hiasan

SALAM semua pembaca setia mStar. Alhamdulillah saya menerima banyak maklum balas daripada pembaca siri artikel ini yang banyak memberikan panduan dan cara rawatan pemulihan dari gangguan jin dan syaitan.

Pada artikel kali ini Insya Allah saya akan kongsikan beberapa perkara pelik dan mengejutkan daripada pengalaman rawatan saya berkenaan dengan jin dan syaitan yang menjadi musuh nyata terhadap manusia dengan segala cara cuba menyesatkan kita.

Pertama: Dalam bulan Ramadan yang lalu saya masih meneruskan rawatan ruqyah dan saya dapati ramai pesakit masih diganggu jin dan syaitan bahkan ada jin di dalam badan mereka.

Bahkan ada seorang pesakit dimasuki jin sihir tiga kali dan apabila ditanya kenapa kamu masuk semula? Kata jin dengan suara yang keras; “aku nak dia mati!” Saya terpaksa menyembelihnya pada malam raya dan Alhamdulillah pesakit tu dah tak diganggu jin sihir tu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Amalan berwuduk antara 6 langkah dapat elak penyakit sumpahan mata akibat pujian manusia

Mungkin kita kehairanan, bagaimana dalam bulan Ramadan yang Nabi SAW bersabda bahawa syaitan akan dirantai? Saya cuba semak dalam hadis-hadis yang lain dan huraian ulama tentang hadis tersebut dan saya dapati ada ulama berpendapat bahawa yang dirantai adalah sebahagian jenis jin sahaja dan sebahagian jenis yang lain tidak dirantai.



Golongan wanita lebih mudah terkena gangguan jin dan syaitan. - Gambar Sekadar Hiasan

Kedua: Berdasarkan pengalaman saya merawat pesakit, ramai dalam kalangan mereka adalah wanita dan lelaki yang dah berpisah dengan pasangan masing-masing. Bermula dengan perselisihan yang kecil, ia semakin membesar, mereka bermasam muka, tidur bilik asing, suami tak balik rumah, isteri balik rumah emaknya, mereka dah lama tak bersama hampir dua tahun, tengok muka pasangan pun tak boleh dan apabila jumpa asyik gaduh je!

Ketahuilah apabila saya tanya pesakit ni; “Ada mimpi-mimpi buruk tak? Jawab mereka: “Selalu mimpi-mimpi buruk, mimpi binatang, mimpi jatuh dari tempat tinggi, lebam-lebam, mimpi bayi, mimpi pasangan curang dengan orang lain dan tanda-tanda gangguan lain seperti sakit kepala, bahu atau belakang.”

Ramai dalam kalangan mereka tak tau bahawa keadaan itu adalah gangguan dari jin syaitan. Mereka dah terlambat dalam nak menyelamatkan rumah tangga. Ada seorang pesakit wanita hantar mesej whatsapp saya; “Ustaz Alhamdulillh suami saya dah balik menangis-nangis dan mohon maaf setelah ustaz ruqyah saya.”

Itulah kerja jahat syaitan yang bernama Dasim, portfolionya adalah mencerai-beraikan suami-isteri.



Ada sesetengah wanita yang kerap mengalami keguguran dan apabila diperiksa rupanya da jin dalam badan dan rumah mereka.

Ketiga: Ramai pasangan yang baru berkahwin seteleh mengandung dua bulan kandungan mereka gugur. Ada beberapa pesakit saya yang gugur tiga kali setelah mengandung ketika usia kandungan masuk dua bulan. Apabila saya melakukan ruqyah, rupa-rupanya ada jin dalam badan mereka dan dalam rumah mereka.

Keempat: Ramai pesakit apabila mereka sakit-sakit seperti sakit bahu, ‘slip disc’, sakit kepala, rupa-rupanya gangguan itu dalam rumah mereka. Sebab tu kita kena periksa rumah kita ada tanda-tanda gangguan tak seperti nampak kelibat jin, bunyi pelik macam main guli, orang tarik kerusi meja dan macam ada benda jatuh atas bumbung.

Sebab tu dalam merawat pesakit saya memilih untuk pergi ke rumah pesakit supaya dapat kita periksa ada gangguan tak dalam rumah mereka. [Sila rujuk artikel: Jauhilah khidmat ‘uskun’... Ketahui 8 tempat jadi tumpuan jin dalam rumah]

Apabila kita keluarkan jin dalam badan tetapi jin yang dalam rumah kita tidak halau, maka kita akan diganggu semula. Bahkan apabila ada gangguan jin dalam rumah kebanyakan ahli rumah akan ada yang sakit-sakit dan suka bergaduh sesama sendiri.

Dalam surah Al-Jin ayat keenam, Allah berfirman: “dan adalah amat salah sebahagian daripada manusia meminta pertolongan, penjagaan dari ketua-ketua jin kerana akan menyebabkan mereka lebih sombong dan lebih jahat.”

Bahkan seminggu lepas ya Allah saya menyembelih enam ekor jin sihir yang bertali arus dihantar oleh seseorang kepada ahli keluarganya sendiri dek kerana mahukan berebutkan tanah. Tetapi jin yang ketujuh, pada malam tu saya ajarnya masuk Islam dan dengan izin Allah, dia minta tumpang kereta saya untuk tinggal di sebuah masjid di Bandar Tasik Selatan.

Lalu saya dan anak-anak pesakit menghantar jin berkenaan yang masih berada dalam badan pesakit dengan kereta ke masjid berdekatan. Semasa kereta dinaiki jin, kereta amat berat dan terseret apabila melintasi bonggol jalan tetapi semasa balik kereta tiba-tiba jadi ringan.

Jin itu apabila tiba di depan pintu masjid, lalu dia keluar dari badan pesakit lalu pesakit berkenaan terus terjatuh tetapi sempat dipegang anak-anak mereka.



Orang-orang dahulu cukup gemar membela saka dan generasi baahru terpaksa menanggung akibatnya.

Kelima: Apabila emak ayah atau datuk nenek seseorang ada bela saka, maka anak cucu mereka selalunya akan diganggu dan sakit-sakit. Sudah ramai yang saya rawat dan keluarkan saka datuk nenek mereka apabila jin saka dah keluar maka hilanglah segala sakit-sakit tu.

Ada seorang anak kurus kering badannya apabila saya tanya umurnya kerana dia nampak seperti sudah berusia, dia tak boleh cakap. Tetapi apabila saya dah keluarkan saka, maka terus dia boleh cakap dan anak-anak yang lain hilang sakit seperti sakit dada, pinggang, bahu, kepala dan sebagainya.

Malangnya, kalau emak ayah mereka tak nak buang saka, maka anak-anak akan berterusan sakit-sakit.

Saya ada pesakit seorang perempuan, apabila dia balik kampung dan jumpa emaknya maka dia akan sakit-sakit sehingga menggelupur, atau apabila dia call emaknya, atau hantar whatsapp sekalipun dia akan sakit.

Sudah empat kali dia datang rumah saya kerana tak tahan sakit setiap kali berhubung dengan emaknya yang ada saka. Tapi itulah bahana memelihara jin walaupun tujuannya untuk menjaga ahli keluarga.

Dalam surah Al-Jin ayat keenam, Allah berfirman: “dan adalah amat salah sebahagian daripada manusia meminta pertolongan, penjagaan dari ketua-ketua jin kerana akan menyebabkan mereka lebih sombong dan lebih jahat.”

Ada seorang nenek yang berumur 90 tahun, tapi masih gagah, apabila saya dah keluarkan sakanya, saya masuk ke dalam biliknya, saya dapati penuh dengan alat dan makanan pemujaan jin walaupun jin tu jin Islam. Anak cucunya minta saya masuk sebab mereka dilarang oleh nenek mereka untuk masuk ke dalam bilik neneknya.



Sakit tapi tak sembuh-sembuh... Ada kemungkinan ia adalah gangguan jin. - Gambar Sekadar Hiasan

Keenam: Apabila kita mengalami sakit-sakit seperti dah lima bulan batuk tapi tak hilang-hilang. Dah berapa kali ke klinik tak sembuh, dah habis ubat batuk dah minum tapi tak sembuh-sembuh juga. Sebenarnya itu adalah gangguan jin. Tapi ramai yang tak percaya sehinggalah mereka dah sembuh apabila saya rawat.

Sama juga migrain, sakit belakang, slip disc dah ramai sangat yang saya dah rawat bahkan ada slip disc yang tahap tiga. Sentuh belakang pun meraung sakitnya.

Tapi apabila diruqyah rupa-rupanya jin ada dalam badannya. Saya Islamkan jin tadi dan apabila jin dah keluar Alhamdulillah langsung tak ada sakit slip disc dia. Bahkan ramai doktor yang datang jumpa saya kerana migrain dan slip disc yang tidak boelh diubati dengan kaedah moden!

Semoga perkongsian pengalaman saya ini memberi manfaat kepada kita semua. Sebarang pertanyaan boleh hantar mesej whatsapp saya iaitu ustaz shams@ustaz coopers di 0111144 8987.

Kita hendaklah yakin bahawa Allah berfirman: “Dan kami turunkan al-Quran sebagai ubat kesembuhan dan rahmat bagi orang-orang yang beriman” [al-Isra’:82]. Silakan kongsi sebanyak mungkin semoga menjadi sebahagian amalan soleh kita. Wallahua’lam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jin, Syaitan, Sihir, Saka, Perubatan Islam, Addin

Artikel Lain