LUMRAH kehidupan, hati seseorang itu akan menjadi bolak balik seperti ada yang tak kena sehinggakan tiba-tiba berasa sedih, takut dan gelisah. Sebagai manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan dan dosa sudah pasti akan ada titik hitam dalam hati yang kuat mempengaruhi emosi. Tidak dinafikan apabila seseorang berdepan situasi ini, dia akan sedaya upaya mencari jalan keluar tetapi tahukah anda jalan yang terbaik untuk mencegah ketidakstabilan emosi dan menguatkan diri semula adalah dengan memohon pertolongan Allah SWT dan mengamalkan doa agar hati tenang. ARTIKEL BERKAITAN: Amallah baca surah Al-Kahfi, penyelamat fitnah Dajal dan ujian akhir zaman Seluruh ayat al-Quran dan doa sememangnya dapat memberi ketenangan. Berikut merupakan 4 bacaan doa termasuk 3 daripadanya adalah untuk ketenangan hati. 1. Doa hindari rasa cemas Allahumma Inni audzubika minal hammi wal huzni wal ajzi wal kasali wal bukhli wal jubni wal dholaid daini wa gholabatir rijali. Ertinya: "Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih serta duka cita ataupun kecemasan, dari rasa lemah serta kelemahan, dari kebakhilan serta sifat pengecut, dan beban utang serta tekanan orang-orang jahat." 2. Doa agar hati tenang Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli. Ertinya: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku. 3. Doa agar hati tenang (Al Baqarah 250) Rabbanaa afrig 'alainaa shabraw wa tsabbit aqdaamanaa wansurnaa 'alal qaumil kafiriin. Ertinya: "Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir." 4. Doa agar hati tenang (Hadis Imam Thabrani) Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika. Ertinya: "Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang ridho dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu." Setelah membaca doa-doa tenang hati tadi, anda juga boleh lakukan lima perkara ini untuk memulihkan suasana hati. Pertama sekali anda boleh memgambil wuduk. Cara ini sememangnya dapat memberi ketenangan dengan serta merta. Kedua anda boleh melakukan senaman ringan agar tubuh anda berada dalam keadaan aktif yang berperanan memberi ketenangan fikiran. Seterusnya, anda cuba pratikkan teknik pernafasan untuk menenangkan diri. Ini sangat membantu bagi melepaskan mood negatif dalam diri. Keempat, anda sebaiknya disarankan minum air sejuk untuk membantu melancarkan peredaran darah dalam badan dan menyejukkan fikiran. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!