suria

Bayar zakat boleh menang pakej umrah, guna saluran ‘online’ lagi senang!

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Abdul Hakim Amir Osman merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Ramadan Penuh Makna.

MARHABAN ya Ramadan. Menjelang bulan penuh keberkatan, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan kempen bagi menggalakkan orang ramai menunaikan Rukun Islam ketiga itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman, Kempen Ramadan Penuh Makna dilancarkan bertujuan memberi galakan kepada umat Islam menunaikan zakat di bulan Ramadan.

ARTIKEL BERKAITAN: Azan Subuh berkumandang ketika bersahur... bolehkah habiskan makanan di tangan?

“Kami di PPZ-MAIWP tidak ketinggalan untuk sama-sama mengimarahkan Ramadan pada tahun ini.

“Dengan mengangkat tema kempen Ramadan Penuh Makna, PPZ-MAIWP ingin mengajak seluruh masyarakat Islam untuk turut sama menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna.

“Jika tahun-tahun sebelum ini kita menyambut Ramadan dalam suasana yang penuh pematuhan SOP hanya bersama keluarga sahaja, Alhamdulillah pada tahun ini Ramadan dan Aidilfitri sudah boleh diraikan seperti biasa,” jelasnya.

Dalam pada itu PPZ-MAIWP juga menggesa umat Islam mengambil peluang menggandakan ibadah dengan mengimarahkan masjid dan surau, perbanyakkan sedekah, berzakat, hadiri majlis ilmu dan banyak lagi pengisian berguna yang lain.

Abdul Hakim memberitahu kempen itu ingin mengajak seluruh masyarakat Islam untuk turut sama menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna.

Malah, mereka turut menguar-uarkan perkhidmatan dan saluran bayaran serta program menarik anjuran PPZ-MAIWP sepanjang Ramadan tahun ini.

Istimewa kempen kali ini, PPZ-MAIWP menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk pembayar zakat yang menunaikan zakat harta dan fitrah melalui saluran bayaran yang disediakan.

Pembayar yang menunaikan zakat harta berpeluang memenangi pelbagai hadiah seperti pakej umrah dan ziarah.

Manakala bagi pembayaran zakat fitrah secara atas talian pula berpeluang memenangi hadiah seperti sejadah dan telekung eksklusif, jam tangan, baucar makanan dan banyak lagi.

PPZ-MAIWP turut menyediakan pelbagai program dan aktiviti menarik seperti Jom Ngaji, Mencari Lailatul Qadar, kuiz dan pertandingan serta banyak lagi pengisian ilmiah agar Ramadan kali in lebih bermakna.

Selaras dengan moto PPZ-MAIWP iaitu "Memudahkan Anda Berzakat" pelbagai saluran disediakan bagi memudahkan urusan bayaran zakat dilakukan.

WhatsApp Image 2022-04-01 at 5.48.42 PM

PPZ-MAIWP menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk pembayar zakat yang menunaikan zakat harta dan fitrah melalui saluran bayaran yang disediakan.

Antara perkhidmatan dan saluran bayaran sepanjang Ramadan:

1. 10 Kaunter PPZ-MAIWP

a. Kaunter PPZ-MAIP dibuka setiap hari sepanjang Ramadan termasuk cuti umum

b. Waktu operasi adalah 8:15 pagi - 4:30 petang

c. Hari terakhir Ramadan: 8:15 pagi - 1:00 petang

2. Perkhidmatan Kaunter Zakat Digital (KZD)

a. Pembayar boleh berurusan tanpa perlu ke kaunter dengan membuat temujanji untuk diselia oleh pegawai zakat PPZ-MAIWP sehingga selesai proses bayaran zakat. Temujanji boleh dilakukan di mytemujanji.zakat.com.my

3. Perkhidmatan Door to Door

a. Perkhidmatan khas untuk pembayar yang ingin mendapatkan layanan secara personal atau mempunyai kekangan masa untuk ke kaunter melalui perkhidmatan Ride2U dan Kaunter Zakat Bergerak (KZB). Tempahan boleh dibuat di 1300-88-5757.

b. Waktu operasi dari 9.00 pagi - 5.00 petang.

4. Saluran bayaran atas talian

Portal Rasmi PPZ-MAIWP

a. Zakat Fitrah-fitrah.zakat.com.my

b. Zakat Harta-zakat.com.my

c. Aplikasi MyZakat - muat turn di Google Play Store atau Apple Store

Ejen Kutipan Zakat

a. Perbankan internet (15 bank)

b. E-wallet seperti Boost, Shopee dan GoPayz

Zakat Virtual

a. Medium komunikasi terus dengan pembayar melalui media baharu bagi menjawab pertanyaan dari pembayar

b. Medium: Link Google Meet: http://meet.google.com/pon-bygc-gta

c. Waktu urusan adalah dari 11 pagi hingga 1.00 tengahari

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain