suria

Sikap suka ‘menerakakan’ orang tak bawa untung! Lebih baik doakan, Allah maha pengampun

Allah SWT Tuhan yang berhak dan berkuasa dalam menentukan seseorang samada ke syurga atau ke neraka.

MENSYURGAKAN dan menerakakan seseorang yang telah meninggal dunia adalah menyalahi syariat. Allah SWT Tuhan yang berhak dan berkuasa dalam menentukan seseorang sama ada ke syurga atau ke neraka.

Apa yang menjadi ketetapan dalam syariat Allah bahawa melakukan perkara yang disuruh membawa kepada pahala dan jika sebaliknya mengakibatkan dosa.

Contohnya, menutup aurat adalah perkara yang wajib dan disuruh dalam agama sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa’ yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka.” [Surah An-Nisa’, ayat 31]

Kontranya, segala perbuatan yang menyalahi arahan syariat akan mengakibatkan dosa di sisi Allah SWT. Akan tetapi tidak harus manusia menerakakan individu tertentu disebabkan satu dosa yang diperlihatkan kepada umum. Sedangkan Allah SWT bersifat Maha Adil dan Maha Rahmah kepada hambanya. Allah SWT berfirman;

maxresdefault

Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar dan bukannya menjatuhkan hukum sendiri terhadap orang lain.

“Sesiapa berbuat kebaikan dia mendapat balasan sepuluh kali lipat amalnya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas setimpal dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi).” [Surah al-An’am ayat 160]

Jelas dalam ayat tersebut, Allah akan membalas semua perbuatan hambanya sama ada baik atau buruk dengan keadilan-Nya. Setelah ditimbang di Mizan Allah, sekiranya pahala mengatasi dosanya maka dia akan ke syurga dan jika sebaliknya dia akan ke neraka.

Penilaian seseorang ke Syurga bukanlah dilihat kepada siapa yang tidak mempunyai dosa tetapi dilihat kepada pahala yang melebihi dosanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Asma Harun malu tonton video kawan beri hadiah kondom, minta jangan budayakan jenaka lucah

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai kongsi Adibah Noor suka ‘hulur’ senyap-senyap... Kita yang hidup perlu ambil iktibar, ini 7 kelebihan amalan bersedekah

Kita perlu ingat bahawa di akhirat kelak, Allah akan menimbang dengan adil semua kebaikan dan kejahatan seperti mana yang dinyatakan dalam Surah al-Zalzalah;

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!, Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” [Surah al-Zalzalah, ayat 7-8]

Dalam hadis al-Bukhari Nabi menceritakan tentang seorang pelacur yang besar dosanya di sisi Allah SWT, tetapi dimasukkan ke dalam syurga dengan sebab kebaikannya memberi minum anjing kehausan yang hampir mati. Betapa luasnya rahmat Allah SWT kepada hambanya.

Secara umumnya, semua memahami yang pahala boleh membawa ke syurga dan dosa membawa ke neraka. Adapun kedudukan si pelaku dosa atau pahala, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahuinya.

1c076dda-urutan-surga-dan-neraka-beserta-penghuninya-1280x720

Adapun kedudukan si pelaku dosa atau pahala, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahuinya.

Dia yang mengetahui hakikat kehidupan hambanya secara zahir dan batin. Maka jangan kita mudah menghukum seseorang akan dosa dan pahalanya kerana hal tersebut di luar kudrat penilaian manusia.

Sebagai seorang Muslim, selayaknya kita menegur dengan berhikmah perbuatan dosa seseorang bahkan tidak sepatutnya menghukum dan menerakakan pembuat maksiat.

Mungkin di mata kita jelas kelihatan dia melanggar batasan hukum Allah SWT, tetapi di sisi Allah ada kebaikan yang tersembunyi daripada pengetahuan umum yang dilakukan dan hanya Allah SWT sahaja tahu tentangnya.

Akhir sekali, tugas kita berdoalah kepada Allah SWT agar dosanya diampunkan selagi mana tidak mensyirikkan Allah. Diceritakan dalam Sunan al-Kubra oleh al-Baihaki, seorang sahabat bernama Yasar al-Habsyi yang memeluk Islam semasa perang Khaibar. Beliau terus menyertai peperangan tersebut lalu syahid tanpa sempat menunaikan solat dua rakaat pun. Selepas Rasulullah menziarahinya, baginda bersabda:

“Sesungguhnya saudara kamu telah memeluk Islam dalam keadaan baik. Ketika aku menziarahi jenazahnya, aku dapati beliau dikurniakan dua bidadari dari syurga” [Sunan al-Kubra, 18469].

Hadis di atas menunjukkan bahawa pengakhiran seseorang hamba itu penentu sama ada ke syurga atau ke neraka. Kalau pada penilaian manusia, masa kufurnya yang lebih lama selayaknya dia di neraka.

Tetapi, penilaian dan keadilan Allah SWT yang lebih luas terhadap hambanya meletakkan sahabat ini di syurga bersama bidadari.

Justeru, berhenti daripada menuduh dan menghukum seseorang, bahkan ajaklah mereka ke arah kebaikan. Berdoalah untuknya dan untuk kita sendiri supaya dimatikan dalam keadaan yang baik atau husnul khatimah.

***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain