suria

Ustazah pesan anak lelaki penting jaga mata! Sekali ketagih layan porno akan ‘bermutasi’ jadi binatang

Ibu bapa bu harus mendidik anak lelaki agar menghindari porno yang akan membawa kesan buruk kelak.

KISAH seorang bapa yang dipenjara kerana menjadikan dua anak kandung sebagai hamba seks menggemparkan rakyat Malaysia pada minggu lalu.

Berkongsi pandangan mengenai hal itu, Ustazah Sharifah Zahidah berpesan agar kaum Adam menjauhi video porno kerana ia boleh merosakkan pemikiran mereka.

"Dan masih ada yang lelaki dengan bangganya menyatakan bukan lelakilah kalau tak layan porno. Ada sebab kenapa Allah paling larang lelaki buat maksiat mata dan wajib sungguh-sungguh menjaga mata.

"Kerana di saat mata lelaki dirosakkan, ruang di mana bahagian otak mereka membuat pertimbangan juga turut rosak dengan teruk sekali sehingga perkara yang paling mudah untuk diputuskan benar atau salahnya juga menjadi benda yang sangat rumit bagi mereka," ujar pendakwah itu.

Menurut Sharifah Zahidah lagi, golongan bernafsu serakan mempunyai seribu satu alasan untuk mempertahankan tindakan luar batasan akal mereka.

1743302

Sharifah Zahidah berpesan kepada ibu bapa untuk mendidik anak lelaki agar menjaga mata dan menghindari porno.

Jelasnya, ada bapa kandung yang tergamak menganggap anak perempuan sebagai 'tanaman kebun' yang perlu 'dirasai' terlebih dahulu sebelum diberi kepada lelaki lain.

"Contoh, bagi kita, jangankan rogol anak perempuan sendiri itu salah. Sekadar mengintai anak dara kita yang sedang tidur dengan bernafsu pun sudah salah di pertimbangan kita. Tapi bagi golongan ini, mereka punyai seribu satu alasan untuk justify perbuatan mereka.

"Maka tak hairan, keluar statement dari mulut bapa kandung... Anak kandung ibarat tanaman kita. Tuan kebun kena 'rasa' dulu baru boleh bagi lelaki lain rasa. Bunyi perumpamaan macam bijak, rupanya dajal sungguh isi maksudnya," ujarnya lagi.

Biarpun susah untuk menjaga anak lelaki, Sharifah Zahidah berpesan kepada ibu bapa untuk mendidik mereka agar menghindari porno yang akan membawa kesan buruk kelak.

rogol

Kisah bapa rogol dua anak kandung yang menggemparkan negara minggu lalu.

"Ibu-bapa yang ada anak lelaki. Jagalah mata anak lelaki kita. Mata mereka, adalah masa depan dunia akhirat mereka. Rosak mata mereka. Rosaklah seluruh kehidupan mereka.

"Tiada istilah layan porno tapi hati baik. Semua yang layan porno akan bermutasi jadi binatang dalam tempoh antara 10 tahun ke 20 tahun dari tempoh awal ketagihan mula berlaku.

"Tak jadi perogol, dia jadi gay. Ini adalah akibat selepas melalui tahun ke-15 melayan porno. Ingat, porno ini makin dilayan makin lama makin sukar dihentikan," ujarnya lagi.

Sharifah Zahidah turut membuat teguran terhadap permainan video serta filem barat yang turut menjadi punca rosaknya mata lelaki hari ini.

"Banyak saya nak tulis pasal benda ni. Pasal game macam Mobile Legend, pasal watak atau pakaian di dalam cerita Avengers sebagai contoh, benda-benda trending dalam trend TikTok apa bagai tu semua menjurus kepada rosaknya mata lelaki.

657882

Permainan video dan filem barat juga boleh merosakkan mata anak lelaki, kata Ustazah.

"Orang tak habis-habis dengan petua, jaga perut dan bawah perut lelaki. Walhal yang paling nak kena jaga adalah mata sang lelaki. Dan, jaga mata itu adalah tanggungjawab individu, bukan tanggungjawab ibu, isteri, cikgu atau sesiapa.

"Lelaki yang pandai jaga mata, adalah lelaki yang kita boleh bina masa depan yang baik dengan dia, InsyaAllah. Ada anak lelaki? Cari modul JAGA MATA dan didiklah mereka tentangnya," ujar Sharifah Zahidah dalam perkongsiannya di Facebook.

Selasa lalu, seorang lelaki berusia 56 tahun dihukum penjara 428 tahun dan 240 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Melaka atas 28 pertuduhan merogol, melakukan pertubuhan luar tabii dan amang seksual terhadap dua anak kandungnya.

Kesemua hukuman itu bagaimanapun berjalan serentak iaitu penjara selama 45 tahun dan hanya 24 sebatan.

Kisah itu ternyata meruntun hati rakyat Malaysia yang rata-ratanya simpati dengan nasib dua mangsa apabila dirosakkan masa depan oleh bapa sendiri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain