suria

Wanita ‘tak halal’ lebih manja berbanding isteri sendiri? Ustazah tegur suami, selesaikan masalah berdua... “Bukan main kayu tiga”

Ada suami yang bermain kayu tingga kerana tidak mendapat layanan manja daripada isterinya. (Gambar Hiasan)

KEHIDUPAN suami isteri tidak pernah sunyi dengan ujian, malah ada pasangan yang bercerai kerana gagal mempertahankan perkahwinan mereka.

Terbaharu, Ustazah Sharifah Zahidah tampil berkongsi penulisannya mengenai sifat manja seorang sehingga ada lelaki yang sanggup menduakan isteri mereka.

"Kemanjaan wanita adalah tergantung pada jenis layanan yang dia terima. Kenapa wanita tak halal lebih manja berbanding isteri sendiri di rumah?

"Kerana, layanan dan perhatian yang diterima wanita di luar rumah ini selalunya lebih daripada apa yang diterima isteri di rumah sendiri.

"Lelaki gatal dan miang memang pandai manjakan wanita yang tak halal di depannya, berbanding isteri sendiri yang setiap hari menanti untuk dibelai," ujar pendakwah itu.

1535498

Sharifah Zahidah membuat perkongsian itu menerusi Facebook miliknya.

Dalam nukilannya, Sharifah Zahidah turut membuat perbandingan layanan sebilangan suami terhadap isteri mereka berbanding wanita-wanita di luar sana.

Dengan wanita lain, mudah berkata ya.

Dengan isteri sendiri, asyik bernanti nanti (bertangguh).

Dengan wanita lain, mudah diberi bantuan.

Dengan isteri sendiri, penuh 1001 alasan.

Dengan wanita di luar rumah, mudah belanja makan.

Dengan isteri sendiri, semuanya tunggu hujung bulan.

Dengan wanita lain, pemurah tawa dan senyuman.

Dengan isteri sendiri, bermuram durja alasannya kepenatan.

"Manalah wanita di luar sana tak terlebih manja. Isteri di rumah dah macam singa. Kerana layanan yang diterima menentukan karakter yang dibawa," ujarnya lagi.

Menurut pendakwah itu, tidak wajar sekiranya suami dipersalahkan 100 peratus, malah ia menunjukkan seolah-olah si isteri tidak perlu berusaha.

Thelma

Menurut pendakwah itu, kemanjaan wanita adalah tergantung pada jenis layanan yang mereka terima.

"Apapun, bagi saya, menyalahkan suami 100 peratus juga tidak betul kalau si isteri hilang manjanya. Takkan jadi isteri ni kerjanya menyalahkan suami saja, macam diri sendiri tak punya akal dan tak perlu berusaha?

"Saya hilang manja sebab suami. Itu faktor. Tapi janganlah dibebankan semuanya atas lelaki. Rasa low class pula jika jadi wanita yang soal kemanjaan diri pun mahu suami atasi," kata Sharifah Zahidah.

Pesannya lagi, mencari keseronokan luar dengan bermain kayu tiga merupakan tindakan yang salah, sebaliknya suami isteri perlu duduk berbincang untuk menyelesaikan masalah itu.

"Kadangkala, suami juga rimas dengan sebahagian perangai wanita. Itu yang 'manja' sang isteri, ditafsirkan 'mengada' oleh sang suami. Tapi suami pun, kata ada sembilan akal? Takkan hal remeh macam ini pun tak boleh jinakkan isteri?

Mana pergi 'sembilan akal' (mitos) yang konon dibanggakan itu jika hal isteri tak manja sudah buat kau bertindak sehina haiwan yang kerjanya asyik bertukar pasangan?

"Yang paling salah ialah, apabila rasa diri isteri tak manja. Kita pergi manjakan perempuan lain di luar sana. Ini memang sungguh durjana dan tiada justifikasi.

"Isteri tak manja, sila selesaikan isu itu secara berdua. Bukan dengan bermain kayu tiga. Fullstop.

"Cuma ingat, kadangkala faktor isteri sudah hilang jinak manjanya, adalah kerana layanan dan perhatian yang diterimanya sendiri, yang membuatkan manja itu sirna (lenyap)," ujarnya lagi menerusi Facebook.

Untuk rekod, Sharifah Zahidah bukan sahaja bergelar guru bahasa Arab dan al-Quran, malah beliau juga seorang penceramah dan turut mengusahakan perniagaan makanan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain