suria

200 mualaf iftar di masjid macam keluarga besar, paling sebak momen lafaz syahadah oleh 3 saudara baharu

Sebahagian daripada 200 mualaf yang diraikan dalam program Iftar Ramadan Santuni Mualaf di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra.

SAUDARA baharu atau mualaf adalah golongan yang perlu disantuni untuk menarik minat mereka menghayati dan mengamalkan ajaran Islam.

Ketika bulan Ramadan, rata-rata masjid mahupun organisasi Islam menganjurkan pelbagai program menyantuni golongan ini bertujuan merapatkan jurang perbezaan dan penerimaan kelompok minoriti dan majoriti dalam sesuatu masyarakat.

Tidak terkecuali bagi Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Petaling Jaya, Selangor yang menganjurkan program Iftar Ramadan Santuni Mualaf bagi meraikan 200 saudara baharu di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Menurut pegawai masjid, Mohamat Zaki Alias, program tersebut bukan kali pertama diadakan oleh pihak masjid berkenaan.

ustaz

Pegawai Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Mohamat Zaki Alias.

"Ini bukan program baru tapi baru-baru ini, datang satu komuniti mualaf baharu di mana mereka berkongsi program komuniti mereka yang pelbagai di bulan Ramadan ini.

"Mereka mendekati pihak masjid dan meminta untuk kita sediakan satu slot iftar bersama mualaf beramai-ramai. Alhamdulillah, selepas beberapa kali perancangan yang teliti, akhirnya terlaksana program ini.

"Lebih kurang 200 orang mualaf termasuk anak-anak mereka hadir di majlis ini," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 50 mualaf termasuk warga emas teruja berkhatan bersama! Bapa hadir nak teman anak pun akhirnya turut serta

Menurut Mohamad Zaki lagi, kejayaan program tersebut di samping hubungan yang terjalin dengan komuniti berkenaan menjadi 'pembuka jalan' untuk pihak masjid menubuhkan Biro Mualaf.

"Biro ini kita baru nak wujudkan hasil pertemuan komuniti mualaf yang datang pada hari ini. Kita mendengar apa yang dicadangkan dan ia adalah perancangan 'long term' kita dalam mendekatkan mualaf dengan masjid," ujarnya lagi.

convert 1

Lafaz syahadah oleh seorang saudara baharu.

Dalam program Iftar Ramadan Santuni Mualaf baru-baru ini, saudara baharu yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum malah ada juga berstatus warga asing yang mencari rezeki di negara ini.

Kesemuanya ibarat satu keluarga besar di mana mereka berbuka puasa beramai-ramai, menunaikan solat Maghrib dan solat sunat tarawih berjemaah.

Dalam program itu juga, tiga saudara baru melafazkan syahadah secara rasmi yang dipimpin oleh seorang pendakwah bebas, Ustaz Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain