LAZIMNYA apabila memasuki tahun baharu, setiap individu pasti tidak mahu ketinggalan menanam azam untuk direalisasikan. Sama ada berkaitan dengan perhubungan, kerjaya ataupun pencapaian peribadi, apa yang pasti setiap daripada kita tentunya berazam untuk menjadi manusia yang lebih baik untuk hari-hari mendatang. Bagi umat Islam, sebaik-baiknya azam yang ditanam bersifat seimbang di antara dunia dan akhirat. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ada misi, solat Subuh berjemaah di masjid selama 30 hari... Dapat sesuatu tak pernah dirasai sepanjang hayat ARTIKEL BERKAITAN: Iman pasang surut... ketahuilah punca dan asbabnya Salah satu azam baru yang mungkin boleh dimasukkan dalam senarai anda adalah mengimarahkan masjid atau surau dengan mendirikan solat Subuh secara berjemaah. Tambahan pula selebriti terkenal, Alif Satar baru memulakan inisiatif yang diberi nama Gerakan Subuh Macam Jumaat yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. Jadi, mengapa tidak untuk kita pun turut termasuk dalam golongan yang mengimarahkan solat Subuh berjemaah? Memang bukan sesuatu yang mudah untuk bangun awal pagi, ditambah pula dengan keletihan kerana bekerja pada sebelah siang. Tidak disarankan untuk mengambil makanan pada lewat malam dan makanan yang berat sebelum tidur. -Gambar hiasan Tapi, bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Di sini mStar kongsikan 5 tip untuk mudah bangun awal pagi. 1) Tidur awal pada waktu malam Untuk mendapatkan tidur yang cukup, seeloknya masuklah tidur lebih awal, selewat-lewatnya pukul 10.30 malam. Apapun, rancanglah waktu tidur masing-masing asalkan anda mendapat waktu tidur yang ideal sekali gus mudah untuk bangun awal pagi. Jadikan ia rutin dan lama-kelamaan anda pasti konsisten. 2) Menjaga pemakanan Perut yang terlalu kenyang akan membuatkan seseorang sukar untuk bangun lebih awal kerana mengantuk. Disarankan untuk makan malam lebih awal dan mengambil pemakanan yang sihat selain tidak terlalu berat. 3) Tidur seketika waktu Zohor Ambil seketika masa untuk pejamkan mata sebentar sebelum waktu Zohor atau selepas waktu Zohor. Disebut juga sebagai Qailulah, tidur ini akan memberikan tenaga kepada kita, khasnya untuk anda yang ingin bangun malam hari untuk beribadat. Ruang tidur yang selesa turut memainkan peranan penting agar anda mendapat tidur yang berkualiti. -Gambar hiasan 4) Pastikan ruang tidur yang selesa Ruang atau tempat tidur juga memainkan peranan untuk mendapat tidur yang berkualiti. Pastikan tiada sisa makanan, pakaian yang telah dipakai atau pun alat-alat elektronik berada di tempat tidur anda. Ruang tidur yang selesa boleh menyumbang pada kualiti tidur yang anda perlukan. 5) Memasang niat Setiap perkara perlu dimulai dengan niat. Jadi niatkanlah di dalam hati agar dipermudahkan untuk bangun awal bagi tujuan beribadah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube