PERKATAAN mengidam sangat sinonim dengan golongan ibu yang sedang hamil. Ia diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap makanan, sesuatu benda atau perkara ketika tempoh kehamilan. Dalam beberapa kisah yang pernah viral di media sosial, ada wanita hamil yang mengidam mahu menikmati makanan yang sukar dicari, menghidu sesuatu dan yang paling ekstrim, mahu mencuba menikmati makanan yang haram bagi penganut Islam. ARTIKEL BERKAITAN: Permintaan pelik! Isteri hamil mengidam pegang pinggang abang askar, suami jadi ‘pak turut’ ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mengidam lauk kenduri, warga TikTok berganding bahu cari rumah rewang... Paling lucu disuruh tanya Kazar Saisi! Apabila berdepan dengan situasi sebegini, suamilah yang pening kepala dan rasa serba salah untuk menunaikan kehendak si isteri. Suami harus memenuhi permintaan isteri yang sedang mengidam selagi mana perkara yang diminta itu tidak menyalahi syarak dan tidak melampaui batas. -Gambar hiasan Menjawab persoalan sedemikian, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan, jika ia melibatkan kemahuan yang kedengaran pelik atau melanggar syariat agama, maka suami bertanggungjawab menghalang dan haram memenuhi keinginan sebegitu. "Harus memenuhi permintaan isteri yang sedang mengidam selagi mana perkara yang diminta itu tidak menyalahi syarak dan tidak melampaui batas. Perkara ini disebut dalam kitab Hasyiah al-Bujairimi: "Sewajarnya menjadi kewajiban apa-apa yang diinginkan isteri ketika mengalami apa yang disebut mengidam iaitu kemasinan sekiranya menjadi kebiasaan. Begitu juga wajib memberi buah-buahan, kopi dan apa-apa yang diinginkan isteri semasa mengidam yang dinyatakan sebagai nafkah yang bersifat pemilikan (tamlik). "Sekiranya suami lambat menunaikan, maka si isteri berhak menuntutnya agar suami dapat melangsaikan. Jika isteri terbiasa dengan makan candu atau dadah dan apabila dikhuatiri meninggalkannya menyebabkan kerosakan fungsi badan, maka suami tidak wajib memenuhi permintaan tersebut kerana ia termasuk dalam bab perbahasan perubatan bukannya nafkah," katanya. (Lihat Hasyiyah al-Bujairimi 'ala al-Khatib:Tuhfah al-Habib 'ala Syarh al-Khatib, 4/89) Bakal ibu disarankan untuk memperbanyakkan meneliti dan membaca kisah-kisah wanita solehah ketika sedang hamil. -Gambar hiasan Menurutnya lagi, sebaik-baiknya para bakal ibu disarankan untuk memperbanyakkan meneliti dan membaca kisah-kisah wanita solehah supaya dapat menambahkan ilmu di dada tentang cara mendidik dan membesarkan anak-anak dengan cara yang dianjurkan Islam, di samping dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT. Mengertilah bahawa mengidam bukanlah sesuatu darurat yang boleh menghalalkan perkara yang haram. "Oleh itu, suami sewajarnya menapis agar setiap kemahuan tersebut tidak menjatuhkan maruah suami serta apa-apa keinginan yang bercanggah dengan hukum syarak," demikian jelasnya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube