suria

Ramai tak selesa tengok video isteri cabar suami minum susu badan baru diperah... Ini penjelasan sudut agama, adab

Terdapat hukum mengenai suami yang minum susu isteri. -Gambar hiasan

TULAR di media sosial seorang wanita ingin tahu tentang rasa susu badannya tetapi enggan untuk mencubanya sendiri.

Disebabkan ingin tahu, dia merakam video dan mencabar suaminya menghabiskan susu badannya yang baru diperah dengan menawarkan wang RM100.

Tindakannya itu mengundang perdebatan dalam kalangan netizen terutamanya mengenai hukum suami minum susu badan isteri dan kesesuaian tindakan tersebut dalam ajaran Islam.

Penjelasan sudut agama

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam ceramahnya berkata, seorang suami dibenarkan minum susu isterinya dan perbuatan itu tidak haram dalam Islam.

Jelasnya, dalam perkahwinan suami dianggap sebagai 'tuan' kepada susu isterinya dan tidak perlu meminta izin untuk minum.

Namun jika seorang isteri ingin menyusukan bayi orang lain, dia perlu mendapatkan keizinan kerana susu tersebut dianggap sebagai milik suami.

Hukum minum susu badan isteri pernah diulas oleh UAI dalam satu ceramah.

Aspek hukum dan etika

Dari sudut fiqh iaitu ilmu tentang ketetapan hukum Islam daripada sumbernya, ulama menyatakan bahawa susu ibu tidak mengubah hubungan mahram antara suami isteri.

Maka, tidak timbul isu hubungan susuan yang boleh menyebabkan pertalian mahram antara mereka.

Perbuatan seperti ini mungkin tidak menyalahi hukum, tetapi ia boleh menimbulkan rasa kurang selesa dalam masyarakat serta bertentangan dengan nilai kesopanan dianjurkan dalam Islam.

Kepentingan menjaga maruah dan kesopanan

Dalam Islam, segala perbuatan seorang Muslim haruslah berlandaskan konsep maslahah (kepentingan umum) dan mafsadah (kemudaratan).

Jika sesuatu tindakan boleh menimbulkan kekeliruan, perdebatan yang tidak sihat atau mencemarkan imej Islam, maka lebih baik ia dielakkan.

Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk menjaga maruah dan kesopanan dalam rumah tangga serta berfikir sebelum berkongsi sesuatu yang bersifat peribadi kepada umum.

Justeru, isu ini seharusnya dijadikan pengajaran agar kita lebih berhati-hati dalam bertindak dan tidak menjadikan perkara boleh menimbulkan kontroversi sebagai bahan hiburan semata-mata.

Artikel Lain