FOTO seorang wanita dalam persalinan pengantin bergambar di tanah perkuburan bukan Islam yang tersebar di media sosial baru-baru ini telah membangkitkan kemarahan warganet. Mana tidaknya, tindakan beraksi dengan duduk di tepi kubur dan juga berberbaring di antara kubur disifatkan keterlaluan serta tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin berbaju songket posing di tanah perkuburan, pemilik butik akui kesilapan – “Saya hanya mahu ambil gambar ‘rare’, kubur-kubur mereka pun nampak cantik” ARTIKEL BERKAITAN: Pihak terlibat sesi penggambaran baju pengantin di tanah perkuburan boleh dipenjara, didenda Menjelaskan mengenai hukum dan adab berkunjung atau menziarahi kubur, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, tanah perkuburan sepatutnya dihormati kerana disitulah tempat manusia disemadikan sehingga tibanya hari kiamat. Malah kata Zulkifli, Rasulullah S.A.W. pernah menyebut tentang kubur dengan menyatakan (maksudnya): "Kamu ziarahlah kubur kerana ia mengingatkan kamu kepada kematian." Beberapa model pengantin beraksi di tepi kubur. Sehubungan dengan itu kata Zulkifli, tindakan bergambar di kawasan kubur tidak sewajarnya dilakukan. Ini kerana kata Zulkifli, kunjungan ke tanah perkuburan juga mempunyai adab yang sepatutnya dijadikan iktibar selain mendatangkan keinsafan bagi mengingatkan kita kepada kematian. "Kubur adalah tempat khusus untuk kebumikan mayat maka perkuburan yang ada mayat sepatutnya kita hormati walaupun sebahagiannya bukan Islam. Kubur adalah tempat khusus untuk kebumikan mayat maka perkuburan yang ada mayat sepatutnya kita hormati walaupun sebahagiannya bukan Islam. DATUK SERI DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN "Apabila kita sebut tentang kubur, sepatutnya kita ambil iktibar. Apabila berada di kawasan kubur, ia dapat mendatangkan keinsafan kepada kita, rasa takut kepada Allah dan ingat kepada kematian. "Pada akhirnya ia dapat membentuk jiwa untuk beramal soleh," katanya menerusi rakaman video di saluran YouTube miliknya. Dalam pada itu, Zulkifli menjelaskan peranan kubur itu sebenarnya dapat memberi banyak pengajaran kepada kita yang masih hidup kerana rahsia kubur itu hanya diketahui oleh Allah. Alam kubur atau barzakh ialah tempat permulaan manusia disoal oleh malaikat Mungkar dan Nakir sebelum tibanya hari kiamat. Di alam barzakh manusia akan ditempatkan di taman syurga atau lubang-lubang neraka berdasarkan amalan masing-masing. Perkara itu turut dijelaskan menerusi salah satu hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Kubur ini merupakan taman daripada taman-taman syurga atau gaung daripada gaung-gaung neraka. - [Hadis riwayat at-Tabrani]. Justeru kata Zulkifli, adalah penting untuk (setiap orang Islam) membaca dan mempelajari adab menziarahi kubur malah diriwayatkan daripada Muhammad bin Qais bin Makhramah bin Mutalib bahawa Rasulullah ketika menziarahi tanah perkuburan, Baginda mengucapkan kata-kata yang maksudnya: “Mudah-mudahan Allah mencurahkan limpah kesejahteraan kepada kamu sekalian wahai penghuni-penghuni kubur daripada kalangan orang mukmin. Semoga Allah memberi rahmat kepada orang yang telah mendahului kami dan orang yang kemudian. Sesungguhnya Insya-Allah kami akan menyusul kamu sekalian.” - [Hadis riwayat Muslim].