TRYPOPHOBIA adalah rasa takut yang berlebih-lebih terhadap lubang-lubang rapat di sebuah permukaan, sama ada pada benda hidup atau bukan hidup seperti kulit tangan, lidah atau sarang lebah. Dalam dunia ilmu psikologi, fobia bermaksud rasa takut yang berlebihan dan tidak wajar terhadap sesuatu atau fenomena tertentu. Apa yang harus anda tahu, fobia sebenarnya mempunyai banyak jenis! Perkataan trypophobia yang merupakan sejenis penyakit, berasal dari bahasa Yunani, ‘trýpa’ yang bermaksud lubang dan ‘phobos’ yang bererti rasa takut. Mereka yang mempunyai trypophobia akan berasa tidak selesa melihat banyak lubang rapat-rapat. -foto NationalGeographic Justeru mereka yang berdepan masalah ini akan berasa takut, gelisah, malah di tahap yang lebih teruk, akan timbul gejala fizik seperti loya atau gatal-gatal apabila melihat objek berlubang yang sangat banyak seperti biji bunga teratai, span dan sebagainya. Istilah trypophobia dikatakan pertama kali dicipta oleh peserta di sebuah forum online pada tahun 2005. Masalah ini digolongkan sebagai ‘baharu’ dan para ahli psikologi dunia masih berdebat apakah penyakit trypophobia dapat didiagnosis sebagai satu penyakit yang dapat berdiri sendiri. Gejala dan penyebab trypophobia Memetik idntimes, kumpulan pakar psikologi dari University of Kent di UK yang percaya bahawa mereka telah menemui punca keadaan ini berkata ia disebabkan 'satu perasaan tak selesa terhadap parasit dan penyakit tertentu'. Berdasarkan kaji selidik mereka yang baru-baru ini diterbitkan di jurnal Cognition and Emotion mendapati bahawa keadaan ini mempunyai hubung kait dengan respon evolusioner dalam mencegah penyakit menular atau jangkitan parasit. Misalnya, banyak jangkitan menjijikkan itu menunjukkan pola atau lubang hampir sama seperti tics, botflies, cacar, campak, rubela, tifus dan banyak lagi. Menurut honestdocs, penyakit ini timbul akibat pengaruh faktor luaran dan dalaman tertentu, atau mungkin beberapa peristiwa trauma masa lalu. Penghidap trypophobia tetap resah walau melihat gambar lubang-lubang yang disunting. -foto didyouknowfacts Seseorang yang menderita typophobia umumnya gelisah dan rasa meremang di seluruh tubuh setelah melihat banyak lubang, walaupun gambar rekaan atau disunting seperti yang banyak terdapat di internet. Mereka yang mempunyai trpophobia biasanya memiliki dua reaksi berbeza apabila melihat objek berlubang. Pertama, dia mungkin tiada masalah melihatnya pada masa sekarang tetapi kemudian mula berfikir tentangnya dan timbul rasa takut. Kemungkinan kedua, ketika melihat banyak lubang individu itu terus akan pening, mual, malah rasa meremang atau gatal-gatal seluruh badan. Tip menghindari trypophobia Segeralah berjumpa pakar jika trypophobia mengganggu kehidupan seharian anda. -foto funnyjunk 1 - Fahamkan dulu apa itu trypophobia. Dengan ini anda akan yakin bahawa ia sebenarnya tak wajar untuk ditakuti. Kenapa perlu takut dengan lubang-lubang rekaan apatah lagi ia langsung tak membahayakan? 2 - Cubalah cari punca ketakutan. Takut sebab ada pengalaman buruk atau kerana rasa jijik semata-mata. Anda mungkin dapat mengawal diri apabila mengetahui puncanya. 3 - Cuba hadap. Reaksi pertama apabila melihatnya, anda mungkin lari jauh-jauh atau terus pejam mata dan cuba memikirkan sesuatu yang lain. Padahal cara itu hanya akan buat anda lebih takut. Sebaliknya, paksa diri berdepan ketakutan itu dan ia akan membuatkan anda lebih berani. 4 - Bantuan psikologi. Jika trypophibia sampai mengganggu kehidupan anda, segeralah bertemu terapi kesihatan mental. Beberapa metod terapi mungkin diterapkan untuk anda seperti Cognitive Behavioral Therapy dan Exposure Therapy. Jika ketakutan itu sehingga menyebabkan anda cemas atau panik teruk, ahli terapis dapat merujuk anda kepada doktor jiwa yang dapat menentukan ubat untuk membantu meringankan penderitaan anda.