suria

Ramai orang dewasa meninggal dunia gara-gara tidak dapatkan bantuan perubatan

Kebanyakan orang dewasa meninggal dunia kerana tidak mendapatkan rawatan kesihatan sewajarnya. - Gambar hiasan/Pixabay

PASUKAN penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa 70 peratus orang dewasa yang meninggal akibat penyebab semula jadi tidak mendapatkan rawatan perubatan dalam tempoh 30 hari sebelum kematian mereka.

Punca kematian semulajadi adalah selain sebab-sebab luaran seperti kemalangan, pembunuhan, atau penggunaan dadah secara berlebihan.

Saintis di Pusat Sains Kesihatan Universiti Texas di Houston dan Institut Sains Forensik Harris (IFS) di Texas, AS menemui beberapa faktor utama yang berkaitan dengan kematian pramatang dalam kalangan orang dewasa.

Laporan pada 2016 yang dihimpunkan oleh Pusat Penyakit dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS mendapati bahawa lebih 2 juta penduduk negara itu mati setiap tahun.

Pesakit mempunyai tanda-tanda sakit dan tahu keadaan mereka semakin teruk. Namun, tidak mendapatkan perhatian daripada pihak sewajarnya.

DR STACY DRAKE

Penyebab utama kematian di negara 'Uncle Sam' itu adalah penyakit jantung dan kanser, dengan sekitar jumlah kematian sekitar 635,000 dan 600,000 setahun.

"Mereka (pesakit) mempunyai tanda-tanda sakit dan tahu keadaan mereka semakin teruk.

"Namun, mereka tidak mendapatkan perhatian daripada pihak sewajarnya," kata pembantu profesor di Pusat Sains Kesihatan Universiti Texas, Dr Stacy Drake.

Kematian semula jadi termasuk pengambilan alkohol, penggunaan tembakau dan sejarah perubatan yang terdahulu.

Penyebab utama kematian dikaitkan dengan sistem peredaran darah, sistem pencernaan, dan keadaan endokrin serta metabolik pesakit. - Medical News Today

kematian semula jadi

Artikel Lain