TANGGUNGJAWAB sebagai ibu mahu pun bapa bukanlah satu peranan yang mudah. Ia adalah 'pekerjaan' yang tiada tempoh tertentu tetapi ia berterusan selama 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu. Menurut data yang diperolehi daripada Pew Research Center, golongan bapa telah menggandakan masa yang diluangkan untuk menjaga anak-anak dalam tempoh 50 tahun ini, namun mereka masih melakukan hanya separuh tugasan yang dilaksanakan oleh si ibu. Sebagai bapa yang hidup dalam era moden, ketahui lima aktiviti yang boleh anda lakukan bersama anak-anak bagi meringankan beban pasangan anda. 1. Sisir rambut anak perempuan Ramai golongan lelaki tidak memiliki rambut panjang, jadi agak sukar untuk mereka mahir teknik mengikat rambut. Namun, hubungan antara si bapa dan anak perempuan bukan sahaja akan lebih akrab jika meluangkan masa untuk menyisir rambut si puteri, malahan aktiviti itu sangat comel. Bertambah-tambah comel jika detik itu dirakam dan dimuat naik ke media sosial. Pasti ramai bapa lain yang teruja untuk mencubanya! Bapa juga harus memantau perkembangan pelajaran anak-anak. - Gambar hiasan/The Star 2. Pantau kerja sekolah Tanggungjawab mengajar anak-anak anda bukan hanya terletak di bahu seorang guru, malahan ibu bapa juga harus memainkan peranan dalam menyediakan ilmu secukupnya untuk mereka. Jadikan aktiviti memantau kerja sekolah anak anda sebagai satu rutin harian atau mingguan bagi mengetahui perkembangan pelajarannya di sekolah. Naluri kebapaan lebih terselah apabila anda membantu menyusukan bayi. - Gambar hiasan/The Star 3. Sediakan susu Jika ditanya kepada semua ibu bapa tentang apakah situasi paling sukar yang dihadapi selepas memiliki anak kecil? Pasti jawapan yang diberi adalah tidak cukup tidur. Kebiasaannya, si ibu yang terpaksa berjaga malam untuk menyusukan bayi yang merengek kelaparan. Sebagai bapa, anda juga harus membantu si ibu memanaskan susu yang telah dipam atau menyediakan susu formula buat si manja. Biarlah rasa letih itu dikongsi bersama atau anda dan isteri boleh bergilir-gilir membuat susu untuk si kecil. Memotong kuku bayi perlu dilakukan secara berhati-hati. - Gambar hiasan/The Irish Times 4. Memotong kuku Kuku bayi yang baru dilahirkan memang agak tajam dan sukar untuk dipotong. Walaupun tugas ini mungkin akan membuatkan ibu bapa sedikit tertekan, tetapi dengan kesabaran ia boleh dilakukan berhati-hati atau ketika si manja sedang tidur. Susun jadual anak anda akan membuatkan masa mereka lebih terurus. - Gambar hiasan/Shutterstock 5. Susun jadual anak Salah satu bahagian paling sukar bergelar ibu bapa adalah cuba menguruskan masa semua anggota keluarga. Tugas ini tidak seharusnya diberikan kepada si ibu semata-mata. Si bapa juga harus tahu jadual menghantar anak-anak kepada pengasuh, temu janji dengan doktor kanak-kanak, guru dan rakan mereka. - Best Life