suria

Hidup tak tentu arah selepas baby lahir, ibu bapa boleh guna 5 talian hayat ini

Mereka yang baru bergelar ibu bapa sering mengalami keletihan kerana menjaga bayi. - Gambar hiasan/The Bump

KAJIAN terkini oleh ASDA Little Angels, United Kingdom (UK) mendapati terdapat beberapa lifelines (talian hayat) yang boleh membantu pasangan yang baru menimang cahaya mata untuk melalui fasa awal menjadi ibu bapa.

Jika dahulu anda boleh tidur lena selama lapan jam tanpa sebarang gangguan, kini mungkin segalanya tunggang terbalik kerana rengekan si manja.

Sekiranya anda baru bergelar ibu atau bapa, beberapa perkara di bawah mungkin kedengaran klise dan pernah dialami sendiri oleh anda.

1. Masa untuk diri sendiri

Walaupun anda ke bilik air seorang diri, ia sudah dianggap sebagai 'me time' (luangkan masa untuk diri sendiri) selepas anda menyambut kehadiran cahaya mata baharu.

Sementara pasangan anda menjaga bayi, anda boleh berehat sebentar di dalam bilik air untuk melepaskan tekanan.

2. Coklat

Makan coklat dapat meningkatkan paras pengeluaran endorfin ke otak, sekali gus dapat mengurangkan kesakitan dan tekanan.

3. Netflix

Satu kelebihan menonton Netflix adalah anda tidak perlu risau jika ketinggalan episod program kegemaran anda kerana ia memiliki butang 'pause' (berhenti) dan boleh ditonton semula pada bila-bila masa.

Menonton siri televisyen atau filem ketika bayi anda sedang tidur dapat merehatkan minda sebentar daripada keletihan menjaga si manja.

4. Kafein

Apabila anda terpaksa bangun selang dua jam, minuman berkafein adalah penyelamat di kala anda memerlukannya.

Jika anda bukan seorang peminum kopi sebelum memiliki anak, anda pasti memerlukannya selepas bergelar ibu atau bapa.

5. Media sosial

Menonton video lucu di media sosial dapat memberikan semangat kepada para ibu bapa yang keletihan menjaga bayi mereka.

Apa salahnya jika anda berehat sebentar sambil bersosial di alam maya, asalkan tidak bermain gajet terlalu lama sehingga melupakan tanggungjawab.

ibu bapa, bayi baru lahir

Artikel Lain