SELEPAS sebulan berpuasa, penggemar kopi akhirnya boleh menikmati secawan kopi sebagai penyegar sebelum memulakan aktiviti harian. Tapi awas! Jangan minum kopi secara berlebihan kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan anda. Bagaimanapun kajian mendapati pengambilan kopi secara sederhana mampu mengelakkan beberapa penyakit seperti diabetes, parkinson dan hati. ARTIKEL BERKAITAN: Jangan main-main! Ketahui 7 mudarat termasuk kegagalan buah pinggang jika badan kurang air Bukti mengatakan minum kopi secara sederhana iaitu tiga ke empat cawan sehari boleh menyebabkan masalah kesihatan juga sangat minima. Kopi perlu diambil secara sederhana. Kata kunci di sini adalah bersederhana! Kajian terbaharu oleh Univerisiti South Australia pula menunjukkan pengambilan kopi boleh membahayakan kesihatan sekiranya ia diambil secara berlebihan atau tidak terkawal. "Kopi adalah minuman paling digemari oleh penduduk dunia kerana ia membantu memberi tenaga, fokus tetapi orang selalu bertanya berapa banyak yang dimaksudkan dengan berlebihan?," kata Profesor Elina Hypponen yang juga salah seorang penyelidik dalam kajian itu. Penyelidik di universiti itu menganalisis 347,077 rekod kesihatan penggemar kopi di antara 37 hingga 73 tahun. Kajian itu menunjukkan individu yang mengambil satu atau dua gelas kopi setiap hari mempunyai risiko lebih rendah untuk terkena penyakit jantung berbanding orang yang tidak minum kopi. Kopi memang enak tetapi jangan minum berlebihan atau anda menerima padah. Bagaimanapun bagi individu yang mengambil enam cawan atau lebih kopi setiap hari mereka mempunyai 22 peratus lebih tinggi untuk terkena penyakit berkaitan jantung. Kajian itu juga mendapati genetik tiada kaitan dengan peningkatan nombor tersebut. "Bagi memastikan kesihatan jantung dan tekanan darah, seseorang itu mestilah mengurangkan pengambilan kopi sebanyak enam cawan atau kurang setiap hari... bersederhana adalah yang terbaik. "Jika anda rasa gelisah, cepat marah atau mudah loya itu bermakna anda sudah mencapai limit untuk hari itu, jangan minum kopi lagi," jelasnya. - Star2