SEORANG wanita yang telah dimaklumkan bahawa beliau tidak akan hamil selepas mengalami tindak balas teruk terhadap ubat epilepsi yang membuatkan kulitnya seakan-akan terbakar. Namun, keajaiban berlaku apabila Danika Keron, 24, dari New South Wales, Australia disahkan mengandung dan akan melahirkan bayinya tidak lama lagi. Danika diserang penyakit misteri hanya beberapa hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-19 pada 2014. ARTIKEL BERKAITAN: Kecacatan telinga luar, nampak sempurna tapi boleh bahayakan nyawa Wanita itu didiagnosis dengan sindrom Stevens-Johnson, sejenis tindak balas terhadap ubat-ubatan atau jangkitan yang memberikan kesan ke atas kulit, mukus membran, alat kelamin dan mata. Keadaan tubuh Danika seolah-olah terbakar dan melecur. - Foto Real Life Selepas tiga minggu berada di hospital, kesihatan Danika beransur pulih, tetapi doktor memberi amaran bahawa organnya sudah rosak dan memiliki parut dalaman. Danika mungkin juga tidak subur dan beliau harus menerima hakikat bahawa dia tidak akan bergelar seorang ibu. Empat tahun kemudian, Danika terkejut dan menangis apabila mendapati beliau hamil anak lelaki pada Disember 2018. Ibunya, Carmen Heron, 48, meluahkan rasa teruja dan penuh emosi di atas keajaiban yang berlaku terhadap Danika. Dia juga mengalami kegagalan organ dan parut dalaman. Seolah-olah dia terbakar di dalam dan di luar CARMEN "Dia masih bertarung dengan sindrom Stevens-Johnson dan saya imbang memikirkannya. "Adakah ini kehidupan yang akan dilaluinya? Tetapi sekarang, dia akan melalui kehidupan sebagai seorang ibu," ujarnya. Hidup Danika sebagai seorang bakal chef di restoran terkemuka Sydney berubah selepas dia disahkan menghidapi epilepsi. Sejurus disahkan mengalami epilepsi, Danika diberikan dua ubat untuk membantunya mengatasi sawan. Biarpun kesan serius daripada pengambilan ubat itu jarang berlaku, kedua-dua ubat tersebut berisiko untuk menyebabkan reaksi jangkitan kulit yang teruk seperti sindrom Stevens-Johnson. Danika kelihatan seperti mengalami cacar air, mulut dan matanya pula bengkak. Perubahan hidup Danika selepas empat tahun keluar dari hospital. - Foto Real Life "Doktor memberitahu kami bahawa ini adalah salah satu kes paling teruk yang pernah dilihat oleh beliau. "Danika tidak sedarkan diri pada kebanyakan masa dia dirawat dan dia diberikan satu butang untuk ditekan jika memerlukan ubat tahan sakit. "Dia juga mengalami kegagalan organ dan parut dalaman. Seolah-olah dia terbakar di dalam dan di luar," kata Carmen. Selepas tiga minggu, wanita itu mula pulih dan dibenarkan keluar hospital enam hari kemudian. Namun perjalanannya masih jauh, Danika mengalami kesan sampingan seperti keguguran rambut, kuku dan memerlukan alat bantuan pendengaran kerana bahagian dalaman telinganya sudah rosak. - Daily Mail UK